Isnin, 21 November 2016
Olivier Giroud: How to create and conquer . How to do?
Sabtu, 19 November 2016
Introduced tiki taka
“Grassroots football is not competitive football but football training”
This fundamental premise should be taken into account for the technical and tactical work during the di erent stages of training. The results and ratings are consequences of the work carried out and we must instil this into our youngsters in grassroots football. We must not forget the principal training objectives to train people to play football at any level, respect the values of the sport, the game and the opposition and above all enjoy the practice more than the result.
Formative football always triggers debates. Youth teams are criticised because they do not all become rst team players. One of the problems could be the lack of continuity and progression in the groundwork and the lack of adaptation of football development to the ability of the child.
“Slow and steady wins the race. There is no need to rush the training”
Footballers are born, but have to work extremely hard to reach the highest level. We must not rush the formative stages to reach an imaginary destination. Competitive excellence comes when you reach the “senior” stage, and although there, you still need to carry on training as you can never stop learning, progressing and improving. Continuity is the cornerstone of grassroots football.
“The secret to success in football is in the training”
Phrases such as, “the more I train, the more luck I have” (Luis Aragonés), serve as a guide to the way forward. You must train often and well in order to progress. This training should address the essentials of the game which is to adapt e ectively and act at the opportune moment. As such, training should be based on both technical and tactical work without the need for separation as technique and tactics never manifest themselves separately during a game.
Selasa, 13 September 2016
Aguero.
Berita Cityzen Malaysia®:
Guardiola: Aguero sedia hadapi Borussia
Sergio Aguero cergas untuk diturunkan dalam kesebelasan utama bagi perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Eropah menentang Borussia Monchengladbach Selasa ini di Stadium Etihad. Bintang Argentina yang terlepas bermain melawan Manchester United setelah digantung perlawanan itu telah diketepikan dalam permainan kelayakan Piala Dunia untuk skuad negaranya tetapi Pep Guardiola telah mengumumkan pemain City nombor 10 itu akan bermain menentang pasukan dari Bundesliga kelak.
Pep juga mengumumkan Ilkay Gundogan dan Vincent Kompany bakal kembali beraksi dari kecederaan.
Guardiola memberitahu wartawan: "Aguero akan bermain - dia telah digantung perlawanan, bukannya tercedera.
"Gundogan kini semakin pulih hari demi hari. Keadaan Vincent juga serupa - dia gigih berlatih. Semua pemain yang yang tidak bermain menentang United telah berlatih dan dia berlatih dengan bagus.
"Keadaan mereka hampir bersedia untuk bantu kita bermain dalam enam perlawanan dalam masa 18 hari."
Pep lebih fokus dengan tugas seterusnya untuk menentang skuad yang sangat bagus, Borussia Monchengladbach yang dia sangat kenali dari pertemuan lepasnya semasa di Jerman.
"Kita telah pamerkan aksi bagus dan juga tidak tetapi ia hanyalah tiga mata," kata Pep.
"Sudah tentu kita gembira tetapi kita perlu bertambah baik - ia hanyalah tiga mata.
"Borussia merupakan pasukan yang berani, jurulatih yang berani - salah satu skuad terbaik di Eropah. Jika kita benarkan mereka bermain, mereka memiliki kualiti tinggi. Ia undian yang sukar bagi kami - sudah tentu dengan Barcelona tetapi juga Monchengladbach.
"Mereka sangat pintar. Para pemain tengah mereka selalu menyerang. Mereka memiliki lima pemain di hadapan para pemain tengah kami. Mereka serang balas seperti pakar. Seperti pasukan Jerman dan mereka lakukannya dengan bagus.
"Mereka mempunyai skuad yang agak lengkap - Sommer seorang penjaga gol yang tidak tinggi tetapi cekap membaca perlawanan. Ianya sedikit sebanyak apa yang kita cari dengan hantaran pendek dan jauh. Mereka mencipta suasana bagus untuk bermain. Mereka pasukan yang sangat bagus."
City telah bermain di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali musim lalu tetapi malangnya tewas di tangan juara kejohanan, Real Madrid.
Guardiola telah memberi pujian kepada bekas-bekas pengurus City dengan pencapaian lepas dan akui skuadnya perlu meningkatkan prestasi jika mereka mahu terus mara lebih jauh lagi pada tahun ini.
Dia berkata: "Ianya pengalaman berharga untuk menjadi jurulatih Barcelona dan Bayern Munich untuk sejarah mereka - mereka telah biasa untuk sampai ke peringkat separuh akhir tetapi City tidak ada sejarah sebegitu.
"Mancini telah membantu kita mengambil langkah pertama dan Manuel telah melakukan tugas yang sangat bagus untuk melangkau ke separuh akhir - dia tidak bernasib baik untuk bertemu Barcelona dua kali kerana itu merupakan skuad terkuat dunia.
"Prestasi kita masih jauh untuk menjadi yang terbaik dalam skuad kini - untuk bersaing dengan pasukan terbaik di Eropah dan Liga Perdana Inggeris kita perlu meningkatkan prestasi."
Sumber:malay.mcfc.com @BeritaCityzenMalaysia
#BeritaManCity
#BeritaLigaJuaraJuara
#WeAreCity
#EidMubarak
Isnin, 5 September 2016
Manchester Derby.
71: Kemenangan berpihak kpd United
49: Kemenangan Di catat City
51: Seri
36: Penampilan Derby terbanyak yg dipegang oleh Ryan Giggs
11: Jumlah jaringan gol terbanyak dlm perlawanan Derby yg dipegang oleh Wayne Rooney.
6~1: Kemenangan terbesar dicatat City ke atas United pada 1926 dan 2011, kedua2nya di Old Trafford.
5~0: Kemenangan terbesar yg dicatat United ke atas City pada 1994.
Isnin, 29 Ogos 2016
Tazkirah. Renungan sejenak.
Tazkirah Ustaz Zulhadi:
📚 Renungan Sejenak 📚
Salam ukhwah pada semua pembaca dan sahabat yang dirahmati Allah Swt sekalian, kali ini penulisan ini mengajak kita bersama untuk menyelami dan memperingatkan tidak kesemua urusan dunia itu membawa keburukan. Sebaliknya seluruh kehidupan kita ini akan membuahkan kebaikkan jika ia dilakukan dengan tujuan mencari keredhaan Allah Swt. Sama ada bekerja mencari rezeki, bermasyarakat, beriadah dan seumpamanya, ia akan memberi kebaikkan yang dapat menolong seseorang di akhirat kelak. Andainya ia dilakukan dengan tujuan mencari redha Allah Swt. Dalam menanggapi dunia, Lukmanul Hakim pernah berpesan kepada anaknya dengan berkata : "Ambillah dari dunia sekadar keperluan dan biayakan lebihan hasil usahamu untuk akhirat. Dunia jangan ditolak habis agar engkau jangan jadi 'parasit' (orang yang hidup menumpang pada orang lain dan tidak membalas apa-apa) yang menjadi beban manusia lain."
Oleh kerana itu, keseronokkan menggecapi dunia jangan sesekali kita lupa bahawa perjalanan hidup yang sedang kita lalui di dunia ini tidak pernah membenarkan untuk kita kembali ke dunia lagi apabila kita sampai ke destinasi yang bernama akhirat. Jangan kitadi akhirat kelak menjadi golongan yang merintih kesal di akhirat sebagaimana yang didalam firman Allah Swt :
وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".
"Tanpa Ilmu Pasti Layu, Tanpa Tarbiyyah Pasti Rebah"
Ustaz Zulhadi,
Anak Didik Tok Guru Nik Aziz
20 Ogos 2016 Sabtu
17 Zulkaedah 1437H
Http://tinyurl.com/bidayatulhidayah
Klik Link Dan Sebarkan seluasnya peringatan untuk bersama...
😊
Ahad, 28 Ogos 2016
Man City 3 - 1 West Ham
Lima perlawanan, lima kemenangan buat Pep Guardiola sejak memulakan kehidupan baru di Manchester sebagai pengurus City. Kemenangan terakhir 3-1 ke atas West Ham mungkin yang paling mengagumkan dengan tanda-tanda pasukan semakin memahami apa yang bos mereka inginkan.
Guardiola gembira dengan kualiti dan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya dan mengakui terkejut dengan tahap permainan yang dihasilkan selepas hanya tempoh singkat bersama-sama.
"Kami boleh bermain bersama lebih baik, tiada ragu-ragu.

"Kami hanya bersama dua bulan, dan saya tidak menjangka mereka bermain seperti ini dalam masa yang singkat. Kami telah bermain dengan baik di separuh masa pertama.
"Selepas kami terbolos gol West Ham dari percubaan pertama mereka, kami mempunyai mentaliti untuk menguasai emosi kami dengan baik.
"Kami tidak membiarkan peluang mereka membolosi gawang kami lagi dan telah mencipta banyak peluang. Kami berhak menang dengan lebih banyak gol tapi permainan keseluruhan sudah cukup bagus.

"Kami perlukan Ilkay dan Sane kerana para pemain yang telah bermain hari ini tidak boleh bermain setiap perlawanan.
"Dari sesi latihan pertama, perlawanan persahabatan dan perlawanan rasmi saya tidak ada masalah atau komplen tentang sikap para pemain dalam skuad."
Raheem Sterling sekali lagi dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas menjaringkan dua gol.
Pemain sayap England itu begitu menyerlah musim ini dan Guardiola pantas begitu bersemangat memberi pujian terhadap Raheem berbanding dirinya.
"Saya tak lakukan apa-apa, saya cuba lakukan yang terbaik untuk semua pemain. Raz telah menghasilkan dua gol, ia bagus tapi bagi saya perlawanan-perlawanan sebelumnya lebih bagus lagi.

"Separuh masa pertama dia tidak dapat menguasai bola kerap tapi menjaringkan gol, kali ini dia tidak dapat menguasai posesi bola dengan banyak sebagaimana perlawanan-perlawanan lalu.
"Sudah tentu kami gembira dengan semangatnya. Dia amat dinamik, agresif dengan atau tanpa bola, jadi saya gembira dia bermain dengan bagus.
"Saya hanya cuba membantunya, memberitahunya supaya merampas bola lebih kerap jika dia kekal di posisinya. Selepas itu ia adalah bakatnya.
"Apabila City membelinya dengan harga yang mahal kerana bakatnya. Saya gembira untuknya, untuk kami dan pasukan kebangsaan England."

Akhir sekali Guardiola mengulas tentang Samir Nasri yang tampil pertama kali musim ini. Pemain tengah Perancis itu telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stadium Etihad. Namun Pep mendedahkan yang beliau gembira Samir kekal menjadi sebahagian dari perancangannya di kelab.
"Nasri boleh kekal. Dia tiba semasa pramusim berlebih berat badan, tapi selepas tujuh hingga sepuluh hari, betapa hebat perubahan kesan dari latihannya yang gigih.
"Kualitinya meningkat ke satu tahap lagi. Ia bergantung pada dirinya. Jika dia ingin membantu kami dan kekal menjadi sebahagian dari perancangan kami, ia bergantung pada dirinya sendiri.
@markbooth_mcfc, @ManCityMAS2016
Sabtu, 27 Ogos 2016
Taktikal Pasukan Bola sepak kedah (hijau kuning)
Falsafah Taktikal Tan Cheng Hoe
Preferable Formation: 4-2-3-1
Fluid: Yes
--------------------
Defensive:
Sistem Zonal Marking yang berasaskan space marking. Beliau suka menggunakan high line defensive line dan advance fullback system.
Memiliki kombinasi CB yang digemari dalam modern Football iaitu, ball playing CB dan Ball Winning CB yang combative.
Reason kenapa Bang Seung Hwan digunakan sebagai CB. Ini kerana Tan Cheng Hoe mahukan ball playing CB.
Namun saya masih rasakan Bang, bukan true CB yang boleh handle game every weeks secara konsisten.
Pengurusan Midfield
Sistem no.6 sebagai deep lying playmaker memang sangat menarik.
Tak ramai jurulatih di Malaysia akan memberikan kepercayaan kepada pemain berfizikal seperti Amirul Hisyam untuk duduk di deep holding role.
Nasir Basharuddin mungkin harus consider untuk bekerja dengan Tan Cheng Hoe sebab di Perak, Weigang lebih sukakan pure DM.
Box to box system yang efektif adalah kunci utama pasukan ini. Mereka ada Liridon. Baddrol sebagai pilihan kedua untuk role ini. Selain itu, Baddrol juga pilihan kedua untuk role Amirul.
So, Baddrol mungkin tidak akan berada dalam team jika dia cuma boleh bermain posisi utama. Mujurlah, Badd ni boleh main mana mana.
Kepentingan Baddrol pula, dia adalah leader. Tak ada lagi player Kedah yang berani sailang si Badd ni bila dia bercakap di dalam padang,
Serangan
Tan Cheng Hoe struggle untuk menggunakan sole striker system. Schmeltz dan Augusto muncul pada akhir musim.
Kebanyakkan game musim ini, TCH menggunakan system attacking 3 dengan 1 target man.
Kedah seakan akan banyak menghabiskan perhatian kepada mencari pemain target man. Dari awal musim sehingga ke akhir musim.
--------------------------
Karakter Pasukan Kedah di Bawah Tan Cheng Hoe
- Attacking Football
- Bermain dengan tempo tinggi
- Fluid
- High Line Zonal Marking
Kekuatan
- Pace & Speed
- Counter attack dari wide area
- Cubaan long range shots
Kelemahan
- Mengekalkan clean sheet
- Kreativiti
- Tidak konsisten
Isu Yang Digariskan
- Isu kreativiti - banyak bergantung kepada cross dan juga Krasniqi effect
- Tumpul di depan gol
- High line yang seringkali rapuh di half space
- Lemah menyudahkan peluang
- tidak konsisten terutama dalam winable matches
- Clean sheet - hanya 6 daripada 19 games. Punca kenapa mereka tidak mencabar kejuaraan. Mostly clean sheet di home (5) dan hanya 1 di away. 13 lagi berbolos,
- jumlah bolos dan clean sheet yang hampir sama dengan felda namun Kedah agak tumpul di hadapan dengan cuma 23 gol setakat ini.
- satu-satunya pasukan top 6 yang perbezaan jaringan negatif.
------------------
Kedah benar-benar ada isu dengan no.9 dan juga ketumpulan di depan gol. Ia lebih teruk daripada isu bolos atau Goalkeeper yang mereka hadapi.
Bermula dengan wrong signing Kahe. Kemudian , below par performance oleh Sandro yang kemudian disishkan kerana kecederaan.
Kedah membuat shocking signing Schmeltz dan loan signing Augusto yang memberikan impak lebih baik.
Kemenangan terbesar mereka dalam Liga hanyalah 2-0.
Penjaring terbanyak mereka dalam MSL adalah Liridon. Shane Smeltz baru meledak 2 gol dalam Liga Super.
------
Saya menggemari Tan Cheng Hoe sebagai developer dan juga builder kepada pemain-pemain beliau.
Jika saya pemain profesional, saya akan memilih bermain untuk TCH Anytime.
Namun cabaran beliau adalah jenis pemain dalam pasukan Kedah yang kadang kadang tidak memahami falasafah 4-2-3-1 moden.
Bang Seung Hwan kerap over 0ffensive pada keadaan yang tidak sesuai.
2 fullbacks mereka agak struggle dengan sistem zonal marking bergarisan tinggi.
Walaupun mereka ada kelajuan namun space orientation masih lemah.
Khairul Helmi mungkin pemain yang sangat sesuai dengan TCH.
kenapa space zonal marking ini bagus. Ia mengelakkan pemain terlalu bertarung duel. Pemain dituntut untuk play smart.
Dari segi high line- ia akan menjauhkan target man besar pihak lawan untuk senang masuk atau sentiasa di dalam kotak penalti
Harus diingat, sistem target man tunggu cross masih taktikal popular di Liga M. So, relevan untuk TCH menerapkan sistem yang preventive ini.
Khairul Helmi bukan pemain yang besar untuk sentiasa involve dalam in the air duel/challenge.
Saya harap Kedah dapat mengekalkan team mereka. Paling tidak, majoriti pemain akan kekal kerana projek TCH ini projek jangka panjang.
TCH antara jurulatih yang mendedahkan pemain kepada cara bermain bolasepak bertaktikal.
Namun saya tetap mahu mengkritik sikap Tan Cheng Hoe yang downsizing skuad beliau. Ramai pemain masih tidak diberikan minit perlawanan.
Dan ramai pemain agak overused menyebabakan skuad tak cukup fresh.
Jika fresh Kedah sangat kuat. Mungkin tekanan expectation penyokong yang mahukan kemenangan adalah punca TCH sentiasa stick dengan same 11.
Top Perfomer pilihan 'PERIBADI' saya setakat ini.
- Liridon
We Are Rivals Not enemies!
Jumaat, 26 Ogos 2016
Apa Yang Perlu Anda Tahu.
Berita Cityzen Malaysia®:
Claudio Bravo: Apa yang anda perlu tahu...
Segala apa yang anda perlu tahu tentang pemain baru kesembilan ditandatangani City musim panas ini. Dari Penyerang ke Penjaga gawang
Bravo dilahirkan di Viluco de Buin, daerah kecil di bandaraya Chile, ibu negara Chile Santioago. Beliau mula menunjukkan kemahirannya sejak usia muda. Bapanya menyedari bakat anaknya dan telah membawa Claudio ke pusat latihan Colo-Colo, salah satu kelab paling berjaya di Chile di mana dia ditandatangani menyertai akademi.
Bravo pada mulanya menarik perhatian Colo-Colo sebagai penyerang namun selepas itu beliau bermain sebagai pemain tengah dan pertahanan. Dia kemudian meminta untuk bermain sebagai penjaga gol buat pasukan 'Cadete' kelab, dan kekal di posisi tersebut hingga kini.
Nama gelaran
Sementara beraksi di liga utama Chile antara tahun 2002 hingga 2006, Bravo kemudian dikenali dengan panggilan 'Condor Chico' yang diterjemahkan dari Bahasa Sepanyol ke Bahasa Melayu sebagai ' Condor muda' kerana sering dibandingkan dengan penjaga gol legenda Chile, Roberto Antonio 'Condor' Rojas.
Condor adalah gelaran yang diambil dari nama burung, iaitu Burung Nasar yang menggambarkan kehebatan dalam terkaman dan sambaran ketika menangkap bola.
Roberto Rojas berbangga berkongsi gelaran tersebut dengan Bravo dan pada Disember 2015 pernah berkata: "Saya meletakkannya sebagai salah seorang dua penjaga gol terbaik dunia bersama dengan Manuel Neuer."
Pakar 'set-piece'
Menjaringkan gol bukanlah kemahiran yang dikaitkan dengan Bravo tapi beliau turut melakukannya juga!
Ketika bermain bersama Real Sociedad menentang Gimnastic de Tarragona, Bravo tampil untuk menyempurnakan sepakan percuma dari penjuru kotak penalti. Tendangan rendahnya terkena penjaga gol lawan yang kemudian masuk ke gawang. Ia merupakan satu-satunya golnya di peringkat profesional.
Bintang Antarabangsa
Sejak tampil pertama kali untuk Chile semasa Copa America 2004, Bravo tidak pernah menoleh ke belakang. Pemain berusia 33 tahun terkenal sebagai yang paling banyak bermain untuk skuad kebangsaan dalam sejarah bola sepak Chile iaitu sebanyak 106 kali mengatasi rakan senegara dari Arsenal, Alexis Sanchez yang tampil sebanyak 101 kali.
Sejak menjadi kapten pasukan negara, La Roja telah mengalahkan beberapa negara terbaik Amerika Selatan semasa kejohanan musim panas dengan menjuarai Copa America 2015 dan 2016. Bravo turut dinamakan sebagai penjaga gol terbaik di kedua-dua kejohanan tersebut.
Dibanjiri Piala
Segala tenaga yang disimpan oleh Bravo dengan tidak memungut bola yang terlepas keluar dari gawangnya jelas digunakan untuk menjulang piala-piala! Selain menjuarai dua kali Copa America, Bravo turut merangkul juara lima kali liga utama semasa dua tahun di Barcelona termasuk dua juara Lal Liga dan satu Liga Juara-Juara Eropah.
Bravo turut meraih piala Ricardo Zamora yang diberikan kepada penjaga gol La Liga yang paling sedikit terbolos pada akhir musim 2014/15. Beliau kemudian diatasi tipis oleh penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak untuk musim 2015/16.
Stastitik Pencapaian
Menurutt WhoScored, Bravo telah melakukan nisbah penyelamatan 2.7 setiap perlawanan semasa musim 2015/16 di La Liga di mana separuh darinya datang dari serangan di kotak penalti. Dia turut melakukan 26.7 hantaran untuk setiap perlawanan.
Laman tersebut turut menyifatkan kekuatan Bravo sama dengan kecepatan tindak balasnya dalam menyekat cubaan dan juga penuh konsentrasi. Mungkin yang lebih mengagumkan laman tersebut tidak melihat sebarang kelemahan atas penjaga gol baru City ini dalam perlawanan-perlawanannya.
Media sosial
Anda boleh mengikuti perkembangan penjaga gawang City ini di akaun Instagram @claudiobravo1 dan akaun Twitter rasminya, @C1audioBravo
Sumber:malay.mcfc.com @BeritaCityzenMalaysia
#BeritaManCity
#WelcomeClaudio
Rabu, 24 Ogos 2016
Taktikal
Menentukan Posisi Pemain. Siapa dan Bila ia sesuai dilakukan.
Fernando Torres adalah GK ketika beliau mulai bermain bolasepak. Namun selepas giginya patah kerana terkena rembatan pemain lawan, ibunya melarang Torres bermain GK.
Kemudian Torres menjadi pemain penyerang sehinggalah dia menjadi antara no.9 terbaik di dunia.
Penentuan posisi sangat subjektif. Namun berdasarkan data oleh Akademi di Ajax, jurulatih pasukan akademi adalah yang lebih arif tentang isu ini berbanding dengan pemain itu sendiri.
Pernah terbaca satu artikel bagaimana akademi di Perancis menentukan posisi. Jurulatih perlu memeberikan kebebasan kepada pemain untuk bermain di posisi yang mereka selesa.
Ini bermakna, mereka akan dilepaskan di dalam padang, dengan pendekatan 5 a-side football sangat preferable.
Daripada bolasepak 5 sebelah coach akan lebih senang mengumpul data dari segi
1. Kekuatan
2. Kelemahan
3. Bakat istimewa
Antara contoh data yang boleh diperolehi adalah:
-- adakah pemain ini cenderung untuk menyerang, bertahan atau balancing the game
-- adakah pemain ini jenis sprinter
-- adakah pemain ini jenis yang kreatif
-- adakah pemain ini jenis yang bervisi tinggi?
Di atas antara contoh.
Kemudian data-data lain yg mungkin memberikan klu awal
1. Adakah pemain ini suka menjaringkan gol?
- jika ya,dia mungkin Striker, second striker, wing attacker, inside forward dll
2. Adakah pemain ini enjoy untuk melakukan keypasses atau ochestrating the game.
- jenis ini adalah tipikal midfielder. Jika dia gemar di wing dan tak ada kemampuan tinggi menjaringkan gol, maka dia lebih kepada side midfielder sebenar.
3. Adakah pemain ini suka mematikan ancaman?
- kecenderungan ini ada pada GK dan pertahanan. Ingat, jangan terlalu percaya dengan pilihan budak-budak kerana mereka kadang kadang emosi dalam memilih posisi. Ada yang suka menjadi striker sebab nak glamor.
------
Penentuan posisi sangat kompleks.
Midfielder sahaja sudah pelbagai jenis. Ada yg pure CM.
Ada yang box to box, roburst defensive midfielder, destroyer, R/L attacking midfielder.
Side back pula ada jenis, offensive fullback, rigid fullback, false fullback(terma Guardiola)
Striker sendiri perlu ditentukan mereka ini jenis target man atau modern no.9. Mana mereka selesa, twin striker, sole striker atau dalam sistem front 3.
Jadi, penentuan posisi ini, sebaik-baiknya adalah sekitar 17-20 tahun untuk mereka bersedia menempuh karier profesional.
Jika lewat ia akan membawa keburukan kepada pemain.
Ada sesetengah pemain adalah versatile. Pemain jenis ini biasanya menjadi mangsa kepada jurulatih.
Jika tidak ada posisi prima dikhuatiri akan menjadi Fabregas atau Wilshere yang kerap menjadi backup kepada posisi lain dan tidak ada peranan khas dalam karier.
Isu ini pernah berlaku kepada Gerrard dan Cristiano Ronaldo. Namun mereka tegas dan berkata kepada coach mereka, apa posisi utama mereka.
Gerrard pernah membuat kenyataan media khas berkata,
'Saya adalah center midfielder' bukan striker selepas satu musim cemerlang bermain false 10.
Tidak dinafikan pengaruh formasi dan taktikal ketika di akademi akan mempengaruhi jenis posisi pemain.
Harus diingat, tidak semua jurulatih tepat dalam menentukan posisi pemain. Ada juga pemain lebih arif tentang posisi yang mereka lebih kuat
Jadi, amat penting juga untuk memberikan peluang kepada anak anak muda ini peluang untuk bermain di posisi kegemaran mereka.
Jika mereka gagal memberikan impak, maka beritahu mereka bahawa mereka lebih efektif di posisi lain. Mereka bole meneruskan keinginan untuk posisi kegemaran mereka dan mana tahu ia akan menjadi backup paling beharga kelak.
Di Eropah, penentuan posisi ini adalah melalui banyak sesi. Mereka ada musim liga untuk kejohanan belasan tahun.
Jadi,pengumpulan data dan statistik semusim akan membantu jurulatih untuk melihat di mana pemain pemain ini lebih efektif.
Jadi, pemilihan dengan sistem pooling seperti yg kerap dilakukan di sekolah seharusnya dikurangkan. Budak-budak kadang-kadang akan memilih posisi kerana emosi.
Fizikal yg besar bukan menjanjikan mereka good CB atau target man secara taktikal. Begitu juga sebaliknya.
Rabu, 17 Ogos 2016
Man City 5-0
Guardiola: Pasukan bermain seperti yang kami inginkan
City hanya selangkah untuk layak bersaing di Liga Juara-Juara Eropah buat kali keenam berturut-turut di peringkat kumpulan selepas menang bergaya 5-0 ke atas Steaua Bucharest. Ia merupakan kemenangan terbesar City di tempat lawan dalam kejohanan Eropah apabila hatrik Sergio Aguero ditambah gol Nolito dan David Silva.
Pep Guardiola melahirkan rasa kagum dengan permainan pasukan namun dengan cepat mengalih tumpuan kepada perlawanan hari Sabtu ini menentang Stoke.
"Kami hampir layak ke Liga Juara-Juara yang mana ia merupakan sasaran kami dari mula," tegas Pep.
"Ia merupakan permainan hebat dengan sikap yang bagus ditunjukkan oleh para pemain. Kami telah bermain dengan baik sekali yang membawa hasil keputusan yang hebat tapi itulah cara kami perlu bermain, oleh sebab itu saya amat berpuas hati.
"Satu pujian tinggi buat para pemain hebat ini.
"Mana-mana pengurus di dunia inginkan pasukan mereka mencipta banyak peluang dan mengelak dari terbolos, dan itu juga yang kami semua mahukan, kami hampir mencapai tahap tersebut, jadi sekarang ini berehat, kemudian tumpukan kepada Stoke dalam perlawanan kedua Liga Perdana Inggeris musim ini."
Raheem Sterling sekali lagi menarik perhatian ramai di sebelah sayap kanan dengan permainan lincah sepanjang perlawanan dengan memenangi penalti dan membantu dua jaringan gol.
Pemain antarabangsa England itu turut menerima pujian bos namun beliau memberi amaran yang pemain muda tersebut perlu kekal fokus jika dia ingin mengekalkan prestasi cemerlangnya.
"Sehingga kini, Raheem bermain begitu baik sekali tapi dia hanya berusia 20 tahun, jadi dia masih banyak perlu belajar.
"Nasihat terbaik saya ialah kekal bertenang dan fokus semasa sesi latihan, tubuh badannya dan kehidupan peribadinya. Kemudian apabila segalanya baik beliau akan melahirkan banyak kualiti, dia seorang yang pantas dan mempunyai etika kerja yang bagus.
"Dia dapat bermain di bahagian tepi atau masuk ke dalam kotak penalti. Apabila beliau melakukan serangan ke dalam kotak penalti dia mempunyai kualiti untuk berhubung dengan rakan-rakan sepasukannya. Dia seorang pemain hebat dan oleh sebab itu saya rasa Txixi dan kelab ini amat bijak ketika membelinya musim panas tahun lalu.
"Kesemua pemain penting, termasuk juga Fabian dan Jesus Navas, mereka akan banyak membantu kami. Saya tahu untuk para pemain yang tidak beraksi amat sukar bagi mereka tapi kami akan menggunakan mereka di perlawanan-perlawanan akan datang.
"Kami telah membangunkan semangat berpasukan yang bagus dan kami telah saksikannya hari ini dan ketika menentang Sunderland. Ia merupakan langkah pertama untuk membina sesuatu untuk para penyokong kami merasa bangga."
Akhir sekali, Pep turut memuji hero hatrik, Aguero yang tidak mengendahkan selepas terlepas dua sepakan penalti di awal perlawanan.
"Penalti adalah penalti. Dia ada personaliti untuk menjaringkannya dan ia penting beliau tidak menyerah kalah dan kekal fokus semasa perlawanan yang membawanya menjaringkan tiga gol."
Sumber:malay.mcfc.com @BeritaCityzenMalaysia
#BeritaManCity
#BeritaLigaJuaraJuara
#UCLPlayOff
Selasa, 16 Ogos 2016
Tiki taka man city 2016
Analisis Pendekatan Taktikal Guardiola Dalam Debut EPL!-Dari Aspek Penjaga Goal, Inverted Fullback & 2-3-5
Axello Tacts
Wednesday, 17 Aug 2016
Saya cuba membedah cara pengurusan taktikal Pep Guardiola dalam tugasan pertama beliau. Ia adalah perlawanan sukar menentang Sunderland.
Daripada perlawanan tersebut, jelas Guardiola sudah mempersiapkan blueprint taktikal yang beliau mahukan sebelum liga bermula. Guardiola tidak mahu berlengah-lengah dalam usaha menyuntik falsafah bolasepak beliau di sini.
Berikut adalah 4 aspek utama yang saya dapat rungkaikan daripada perlawanan pertama tersebut.
1. Peranan Goalkeeper-Sweeper
Bercakap kepada media selepas perlawaan, Pep Guardiola mendedahkan beliau mengambil keputusan drastik menggugurkan Joe Hart.
Willy Caballero adalah pilihan yang lebih baik buat masa berbanding Joe Hart kerana beliau lebih bersedia secara taktikal selepas terlibat dengan pra-musim dari awal.
Dalam perlawanan ini, Pep mahukan seorang penjaga gol yang ada keupayaan menjadi asas gerakan taktikal dari belakang.
Guardiola tidak menekankan aspek mahukan ‘Neuer’ dalam pasukan ini. Tetapi Guardiola menekankan aspek tactical awareness dan kemampuan penjaga gol mengawal dan menghantar bola.
Willy Caballero memang jauh kualitinya berbanding Neuer. Hantaran build up awal beliau ada yang terus kepda pihak lawan.
Mengakui terkejut dengan nama beliau berada di kesebelasan utama, Willy menegaskan sepanjang minggu beliau dilatih dengan permainan yang lebih intergrasi dengan outfield players.
Willy dilatih dengan latihan tambahan untuk situasi 1 v 1, 1 v 2, 1 v 3 dan 1 v 4. Ia adalah latihan yang jelas sebagai pelan berdepan worst case scenario jika pertahanan di garisan tinggi ditewaskan pihak lawan secara numerical.
Menurut Pep Guardiola lagi, Joe Hart masih ada peluang untuk merebut tempat utama.
City juga dikhabarkan mahu mengikat penjaga gol Barcelona, Claudio Bravo. Ini adalah statistik perbandingan Joe Hart v Manel Neuer. Jelas sekali Joe Hart penjaga gol yang konvensional dan tidak ‘intim’ dengan bola.
Neuer
Ini pula data perbandingan yang dikeluarkan oleh Whoscored.
2016%2f8%2f3-players(1)
2. The Inverted Full Back
Inverted fullback kali ini digunakan bukan kerana masalah kecederaan atau penggantungan. Sebaliknya, memang Pep mahukan sistem ini digunakan.
Sagna dan Clichy diarahkan bermain di posisi songsang atau posisi kaki lemah. Ia pasti mengejutkan ramai pihak. Di Bayern, Pep menggunakan Lahm dan Alaba di fullback. Dan mereka adalah correct fullback bukannya inverted fullback.
city
Idea ini kerana 2 fullbacks ini adalah entiti penting dalam mengekang counter attack pihak lawan. Dengan berada di posisi songsang, apabila track back ke belakang, pemain akan bertahan dengan kaki utama.
Pep Guardiola menyatakan, cara Sunderland pressing membuatkan beliau risau. Dalam erti kata lain, beliau memang sudah menjangka, Sunderland akan drop deep dan cuba melakukan counter attack.
Mungkin sebab itu, Clichy dan Sagna diarahkan bermain secara inverted. Mereka akan lebih mudah melakukan tackle dengan kaki utama dalam keadaan pasukan di-counter attack.
Dari segi hantaran pula, 2 fullback ini akan lebih mudah melakukan diogonal passes ke wide area dengan kaki utama mereka berada di kawasan ‘dalam’.
Dalam erti kata lain, ia memudahkan fullback melakukan hantaran tepat dalam build up.
Lihat data rantaian hantaran oleh Manchester City dalam perlawanan ini yang jelas banyak berpusat pada Sagna dan Clichy. Seolah-olah mereka adalah pivot taktikal.
city-left-side-connections-683x1024
Di bawah ini adalah heatmap Sagna dan Clichy. Mereka berlegar di garisan tengah padang (halfway line).
city
3. Pemansuhan Sistem No.10
Tidak pasti sama ada, peranan no.10 ini akan wujud selepas ini di kem Manchester City. Ini kerana mereka memiliki pemain no.10 berpengaruh dan antara yang terbaik di dunia iaitu David Silva.
Dengan meletakkan posisi Silva dan De Bruyne lebih di bahagian half-space, ia seakan-akan seperti peranan no.8 (Attacking Midfielder R/L), atau pure attacking midfielder dikembarkan.
2 pemain ini akan banyak melakukan forward run sama ada untuk memecahkan blok pertahanan ataupun melakukan front line pressuring di kiri atau kanan.
Apabila 2 attacking midfielder ini berada berdekatan Nolito mahupun Sterling, Clichy dan Sagna akan meningkatkan lagi garisan tekanan mereka.
caj
Anda boleh lihat gambar di bawah ini bagaimana Silva membantu Nolito di sayap kiri untuk melakukan pressuring di blok tinggi. Clichy-Fernandinho-Sagna menganjakkan lagi tekanan dari garis belakang.
no
Silva dan De Bruyne akan lebih banyak turun naik dalam kawasan half-space. Mereka akan turun ke bawah apabila perlu. Mendapatkan bola darip rantaian defensive midfielder 3, Clichy-Fenandinho-Sagna.
Ini adalah pattern hantaran Manchester City dalam 3-2-4-1 atau 3-2-5.
3241
4. Fluiditi Dalam Taktikal
Saya pernah menerangkan ciri-ciri grid padang Guardiola dalam artikel Memahami Apa Itu Pembahagian 18 Zon Dalam Padang.
Guardiola memiliki grid padang beliau sendiri. Ini adalah gambar yang diambil dari kompleks latihan Bayern Munich di Sabener Strase.
Aufteilung-Guardiola
Aufteilung-Schmidt
Anda akan dapati Guardiola menggunakan pendekatan lebih vertical dalam 20 zon berbanding 18 zon. Oleh itu saya akan cuba menerangkan bagaimana formasi mereka berubah ubah di dalam padang berdasarkan grid padang Guardiola.
Formasi asas mereka adalah 4-2-3-1. Di bawah saya gambarkan bagaimana 4-2-3-1 ini disusun dalam 20 grid zon Guardiola.
4231
Ini adalah gambaran kedudukan mereka ketika menekan dengan ultra offensive 2-3-5 di kawasan lawan. Anda akan dapati, garisan half space adalah kawasan yang menjadi tumpuan utama.
Silva dan De Bruyne akan mengawal 2 sektor half-space dan tidak ada peranan no.10 atau penekanan zon 14 dalam formasi ini.
3-2-5
Rajah di atas adalah gambaran secara umum bagaimana mereka beroperasi. Untuk lebih spesifik, mereka bergerak berorientasikan bola.
Ini adalah contoh pergerakan mereka apabila bola berada di zon Nolito, mereka akan menekan ke arah zon tersebut secara unit untuk memastikan kekal compact dan small space untuk pemain lawan bergerak.
press
Apabila Fernandinho turun ke celah celah RCB dan LCB, ia akan membentuk 3-2-5, dan jika dia ke atas, City akan dalam formasi 2-3-5 dengan garisan pertahanan yang tinggi.
Sebab itulah, amat penting untuk penjaga gol dipersiapkan dengan sebarang kemungkinan berdepan situasi 1 v 1 , 1 v 2 dan sebagainya.
Stones, Kolarov dan Fernandinho akan cuba sedaya upaya mematikan ancaman lebih awal. Mereka juga ada pace yang bagus.
Kolarov mungkin mahu dijadikan sebagai Playmaking-Center Back oleh Pep keranan kualiti hantaran beliau adalah baik.
Jadi, amat menarik untuk menunggu kehadiran Kompany, adakah beliau akan berada dalam pasukan utama selepas ini?
Kesimpulan
Ia bukan tiki-taka! Ia lebih menjurus kepada Juego de Posición atau bolasepak yang aktif secara pergerakan posisi seperti mana yang Pep lakukan di Bayern Munich.
Juego de Posición sentiasa aktif menyerang dan menguasai bola dengan berterusan.
Mungkin organisasi formasi agak berbeza dengan apa Bayern era Pep kerana perbezaan aspek teknikal terutama jenis pemain yang ada dalam pasukan. Namun pendekatannya adalah Juego de Posición.
Aspek utama dalam Juego de Posición adalah
pemain diberikan peranan khas yang berubah-ubah di dalam padang mengikut fasa – fasa dan transisi tertentu di dalam padang. Contohnya, ketika menyerang, ketika menyerang dengan ultra offensive, ketika dalam keadaan neutral, ketika bertahan dan sebagainya.
pemain bertanggungjawab kepada garisan atau grid khas
unit dalam padang perlu bergerak berorientasikan bola
menggunakan pendekatan hantaran pendek yang cepat dan berkualiti
cepat menggerakkan atau menukar arah bola
Jadi, ia adalah tugasan awal yang hampir gagal menang oleh Pep kerana, pemain-pemain beliau baru bermain konsep ini buat pertama kali di perlawanan kompetitif.
Harus diingat, Guardiola sentiasa ada pelan khas dalam setiap perlawanan berdasarkan lawan yang akan ditentang.
Caballero mungkin menjadi pelan sementara Guardiola kerana, penjaga gol tersebut pun agak gugup dengan peranan untuk memulakan build up.
Namun, jika Caballero atau Hart dapat menguasai aspek yang dimahukan Gurdiola, saya berpendapat mereka tetap akan mendapat tempat.
Clichy dan Sagna masih perlu memperbaiki visi dalam permainan. Manakala Silva perlu lebih komprehensif di half-space.
Ramai pemain perlu membuktikan kualiti mereka dalam berberapa bulan ini, atau sebelum jendela perpindahan musim sejuk.
Ini kerana Pep mungkin akan melakukan pembersihan pemain pada jendela perpindahan yang akan datang dan membawa berberapa muka baru ke Etihad.
Ia adalah gambaran yang sangat nyata oleh Pep, beliau mahukan bolasepak yang tidak bosan di Etihad. Jika para pemain sudah memahami dan lebih faham akan tuntutan taktikal ini, City akan menjadi kuasa bolasepak menyerang yang digeruni.
Isnin, 8 Ogos 2016
Cerita pasal. Bola.. 😊
Total Football - dipopularkan oleh Johann Cruyff..
pemain tidak mempunyai posisi tetap dan bergerak ke serata padang untuk mengelirukan pihak lawan..striker boleh jd midfielder..midfielder boleh jd defender..defender boleh jadi striker..tujuan untuk mengelirukan pihak lawan daripada man marking player, seterusnya mengheret player lwn supaya ruang tersedia untk pasukan menghasilkan goal.
Tiki-Taka - sekarang dipopularkan oleh Pep Guardiola dan team Sepanyol..
permainan berasaskan possesion footballl dimana pasukan akan memiliki penguasaan bola lbh dari 70% pd setiap perlwanan..tujuan untuk mengecewakan pihak lawan yg tidak memiliki bola pada tempoh yg lama dan merancang dlm menghasilkan gol.
Counter Attacking - digemari oleh Jose Mourinho..
pasukan mengutamakan kekentalan di bhgian pertahanan dan melakukan serangan balas apabila mendapat peluang..tujuan mengambil kesempatan atas kelekaan pasukan lawan melakukan serangan..
Crocodile Bubble (Gelembung Buaya) - dipopularkan oleh Jurulatih² dari Malaysia...
corak permainan long ball yang bermula dari pertahanan dan terus melakukan tendangan ke pintu gol lawan tanpa perlu melihat ke sekeliling..penyerang perlu segera mendapatkan bola itu sebelum ia out dan sekali lg tendangan lambung ke pintu gol perlu dilakukan dengan harapan semoga ia membuahkan hasil..pemain midfield x diperlukan dalam sistem ini kerana playmaker tidak diperlukan..yang diperlukan adalah pemain perlu byk tawakal dan berusaha bermain begini sehingga menjaringkan gol..Tujuan philosphy ini adalah untuk meletihkan pemain lawan, pemain sendiri dan juga para penonton yg melihatnya....taktikal ini juga dinamakan KIKI LALA..hanya kepale yg bermain di padang..otak diletakkan dibangku simpanan atau di dalam mangkok jamban.
HURAIAN FORMASI. 😊
Huraian formasi taktikal 4-2-3-1 bolasepak moden
Formasi 4-2-3-1 membolehkan pasukan bermain lebih banyak bolasepak.
Ia adalah sistem yang berbeza dengan sistem 4-5-1 klasik yang masih ada ciri ciri 4-4-2 yang kuat cuma penggunaan box to box atau attacking midfielder sebagai tambahan di belakang penyerang.
4-2-3-1 moden ini merupakan asas kepada kejayaan Mourinho ketika di Chelsea pada era pertama beliau di Stamford Bridge dan pada kepulangan kedua beliau.
Arsene Wenger juga hampir menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan pendekatan ini pada musim lalu. Sistem ini memerlukan pasukan kejurulatihan dan tactician untuk menerapkan bolasepak yang kompleks, intelligence dan bervariasi.
Ia memerlukan kelompok pemain yang boleh berfikir cepat dan bertindak cepat. Banyak perkara yang harus diambil berat oleh para pemain.
Ini termasuk kecergasan dan kecerdasan untuk bermain dalam susunan organisasi dan jarak yang betul.
Di bahagian pertahanan, meletakkan back 4 standard dengan pendekatan fullback yang progresif untuk membekalkan width kepada pasukan apabila flanker masuk ke dalam.
Di tengah atau center half akan terbahagi kepada 2 sektor
- Defensif
- Ofensif
1) The Double Six
Di bahagian defensif, menggunakan double pivot. Role no.6 merujuk kepada defensive midfielder. Dalam sistem 4-2-3-1 ini, salah seorang nombor 6 akan bermain lebih defensif dan salah seorang lagi akan lebih ofensif.
Dua pemain tengah akan diarahkan untuk bermain peranan no.6.
2) Playmaker Dari Deep Area
Idea ini lebih kepada, cuba memanfaatkan pemain yang bervisi tinggi untuk merancang permainan dari kawasan deep midfielder.
Ini bermakna, dalam sistem 4-2-3-1 yang berorientasikan bolasepak menyerang, correct defensive midfielder bukanlah syarat yang penting.
3) Pengurusan Attacking Midfielder
Ini adalah perkara yang penting dalam sistem 4-2-3-1. Keupayaan taktik ini untuk menekan pihak lawan sangat bergantung kepada attacking midfielder 3 di belakang penyerang utama.
Kebebasan yang ada pada no.10 serta sokongan daripada sistem sayap yang bersifat narrowing atau masuk ke dalam. Ia memberikan kesan kepada fluiditi.
Fluiditi yang mencetuskan perubahan formasi kepada 3-4-3 atau 3-3-4 ketika ultra offensive.
4) Penyerang Tunggal / Sole Striker
Perkara yang paling penting adalah motivasi dan keinginan untuk terus terlibat dan berhubung dengan mifielder 3 di belakang.
Bukan mudah untuk menjadi pemain no.9 yang boleh expose.
*antara sebab kenapa Mourinho sangat memerlukan Pogba di dalam taktikalnya.. persoalannya LVG turut menggunakan formasi 4-2-3-1.. adakah sudah terlambat?? atau pemain MU yang tidak dapat menyerap taktikal LVG??
Sabtu, 30 Julai 2016
*```PANTUN:- DEPA²,KITA²..```*
*```Depa selalu MENANG,```*
*```Kita selalu KALAH,```*
*```DEPA senang lenang,```*
*```KITA susah payah..```*
*```Depa tak TENGOK,```*
*```Kita tang MANA,```*
*```DEPA yg seronok,```*
*```KITA yg merana..```*
*```Depa kata SAYANG,```*
*```Kita dah HULOQ,```*
*```DEPA dah kenyang,```*
*```KITA dok kebuloq..```*
*```Depa pakai SERKUP,```*
*```Kita guna PARANG,```*
*```DEPA serba cukup,```*
*```KITA serba kurang..```*
*```Depa nak GADAI,```*
*```Kita tak GADOH,```*
*```DEPA yg pandai,```*
*```KITA diperbodoh..```*
*```Depa diJUNJUNG,```*
*```Kita tukang KIPAS,```*
*```DEPA disanjung,```*
*```KITA ditindas..```*
*```Depa makan ISI,```*
*```Kita makan TULANG,```*
*```DEPA poket berisi,```*
*```KITA kering kontang..```*
*```Depa semua FREE,```*
*```Kita kena BELI,```*
*```DEPA tuding jari,```*
*```KITA kena buli..```*
*```Depa duit BANYAK,```*
*```Kita hutang MERATA,```*
*```DEPA tidoq nyenyak,```*
*```KITA sengkang mata..```*
*```Depa pilih KAWAN,```*
*```Kita pilih SAHABAT,```*
*```DEPA untong sakan,```*
*```KITA rogi merempat..```*
*```Depa sejuk AIRCON,```*
*```Kita panas BERAPI,..```*
*```DEPA jadi ikon,```*
*```KITA diketepi..```*
*```DEPA shopping luaq negara,```*
*```KITA belilah barangan buatan malaysia..```*
*```#xsungguhxkata```*dah nasib kita,terima seadanya,lain kali buka mata,jgn dok asik mai terpa,taku nnti lg padan muka.
Khamis, 28 Julai 2016
Selasa, 26 Julai 2016
Lagu Kekalahan Kedah.
Lirik Lagu hang pi mana loqlaq??
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana
Berseluar katuk
Jersi hijau kuning
Duduk atas tangga
Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta
Cek nak pi Penang
Insyaallah
Bukan nak pi mana
Hang pi Penang
Buat apa
Hang pi Penang
Buat apa
Hang pi Penang
Buat apa
Hang pi Penang
Buat apa
Hang pi Penang
Pergi ke Penang
Bukan jadi kenari di sana
Baju hijau kuning
Bukan burung helang juga
Mak ayah tanya
Cek pi Penang buat apa
Malu nak kata
Nanti hampa tau juga
Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p Penang bukan mintak duit kita
Malu apa janji minat janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar
Cek pi Penang
Tengok bola di sana
Kena 3 bijik saja
Sambil kesat air mata
Penyokong Penang mulia
Bukan depa buat dosa
Setakat boo sahaja
Memang patut kena tiga
Hang pi Penang
Kena tiga
Hang Penang
Kena tiga
Hang pi Penang
Padan muka
Hang pi Penang
Padan muka
Jangan marah
😂😂😂😂😂
Kekalahan Kedah. Salah siapa?
[ Bermain tanpa ilmu sebenar ]
By : Ammar Yasier
Tamparan hebat buat skuad Helang Merah yang diaibkan pasukan tercorot liga,Pulau Pinang 3-2 pada malam ini semestinya memerlukan kebangkitan segera jika ingin terus bersaing mendapatkan tempat terbaik Liga Super.
Pasukan Kedah yang pada tahun lepas dianggap 'Barcelona Malaysia' berubah pada tahun ini walaupun bermain dengan formasi yang sama. Dimanakah silapnya? Jika ditujukan kepada pemain itu bukanlah jawapan yang tepat sebaliknya perlu dipersalahkan kepada Jurulatih yang gagal melatih pemain dengan formasi dan taktikal yang sempurna.
Kedah pada malam ini bermain dengan posisi 4-2-3-1 adalah formasi terbaik untuk pemain memperagakan corak permainan Tiki Taka namun sebaliknya yang berlaku kerana bahagian tengah seolah-olah tiada idea untuk membuka perlawanan dan merancang serangan bagi skuad hijau kuning.
Sebaliknya pujian harus diberikan kepada pemain Pulau Pinang kerana berjaya menghidu dan memanfaatkan kelemahan pasukan Kedah dengan menjaringkan gol bagi membenam skuad Helang Merah dengan jaringan 3-2.
Sudah tiba masanya pihak pengurusan meneliti semula barisan Kejurulatihan Skuad Helang Merah jika ingin memantapkan semula pasukan Kedah pada masa akan datang.Kedah mempunyai pemain muda yang berkualiti tinggi ditambah dengan pemain import yang berbisa seperti Shane,Thiago,Liridon tetapi percaturan jurulatih yang lapuk membuatkan huru hara dalam pasukan.
Kami sebagai penyokong setia mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain Kedah dan TAKZIAH kepada kejurulatihan pasukan kerana gagal membentuk sebuah pasukan yang mantap.
Mungkin bayangan Ramon Marcote sangat dirasai sekarang. Kembalikan gabungan Tan Cheng Hoe dan Ramon jika kejayaan yang mahu dikecapi.
Secara matematiknya :
Pemain Bagus + Taktikal Sempurna = Kemenangan
Pemain Bagus + Taktikal Teruk = Kekalahan
[ Share biar sampai kepada pengurusan KFA]
KEMBALIKAN RAMON!
#RombakJurulatih
#SayangKedah
Isnin, 25 Julai 2016
*INFO PREMIER LEAGUE 2016-17*
*_Official Bank_*
• Barclays
*_Official Beer_*
• Carling
*_Official Ball_*
• Nike
*_Official Lincensee_*
• SportingiD
(Adding Visual Passion To The Game)
*_Official Technology_*
• EA Sport ™
(To The Game)
*_Official Time Keeper_*
• TAGHeuer
*_Official Lincensee_*
• Topps
#Sponsered
#EPL2016/17
Ahad, 24 Julai 2016
The Citizens Malaysia
Pep: Kami ingin menang lawan United!
#BeritaManCity
#CityonTour
Taktikal Bola sepak ?
APA ITU TAKTIKAL ?
2. Aspek kecergasan dan kecerdasan
3. Aspek kebarangkalian taktikal pasukan lawan
4. Misi perlawanan , sama ada untuk wajib menang , tidak boleh kalah, dan banyak lagi.
DOMINASI SISTEM 2-3-5
SISTEM “WM” HERBERT CHAPMAN
PENGURUS DAN TACTICIAN
KESIMPULAN
Tiki Taka
- Bermain dengan garisan defensif (defensive line) yang tinggi
- Pemain mereka versatil dan boleh bermain dalam banyak posisi
- Sentiasa mengadaptasi taktikal mereka untuk mendedahkan kelemahan taktikal pasukan lawan
- Menggunakan peraturan 15 hantaran untuk menyusun organisasi serangan dan pertahanan
Seperti pasukan Barcelona kendalian Pep Guardiola dulu, Bayern gemar bermain dengan garisan defensif (defensive line) yang tinggi.
Bagi sesetengah pasukan, bermain dengan garisan defensif yang tinggi umpama menempah maut. Pasukan anda akan meninggalkan ruang yang sangat besar di belakang pertahanan tengah.
Dan ruang ini boleh dieksploit oleh penyerang yang laju dalam serangan balas.
Inilah yang berlaku ketika Bayern kalah kepada Vfl Wolfsburg (1-4) dan Borussia Monchengladbach (0-2) pada musim lepas.
Untuk mengelak penyerang pihak lawan mengeksploit ruang yang besar di belakang pertahanan tengah mereka, Bayern akan:
- Melakukan counter-pressing (atau gegenpressing) setiap kali mereka kehilangan bola.
- Memastikan ada sekurang-kurangnya 1 pertahanan tengah laju (Jerome Boateng, Mehdi Benatia dan kadangkala Juan Bernat juga).
- Memberi kebebasan kepada Manuel Neuer untuk menjadi sweeper (last man).
Pemain versatil
Dalam skuad Bayern, mereka mempunyai banyak pemain versatil.
David Alaba boleh bermain sebagai pertahanan tengah, bek kiri dan pemain tengah. Philip Lahm boleh bermain sebagai bek kanan, pemain sayap dan pemain tengah.
Pep Guardiola perlu berterima kasih kepada Marcelo Bielsa kerana mengajar Javi Martinez – seorang defensive midfielder – cara bermain sebagai pertahanan tengah semasa di Athletic Bilbao dulu.
Di Bayern, Thiago pernah bermain sebagai pemain tengah, defensive midfielder dan pemain sayap.
Manakala Mario Goetze pula sudah mencipta nama sebagai pemain sayap klasik.
Jika dulu beliau terkenal sebagai inverted winger dan attacking midfielder, kini Goetze kerap berlari berhampiran dengan garisan tepi padang sebelah kanan.
Mengadaptasi taktikal untuk eksploit kelemahan lawan
Di bawah kendalian Pep Guardiola, Bayern menjadikan bola sepak seperti perlawanan catur. Mereka tiada formasi kegemaran.
Sebaliknya, scouting team Bayern akan menganalisis taktikal pasukan lawan.
Dan Guardiola akan mengubah taktikal Bayern supaya mereka dapat mengeksploit kelemahan taktikal pasukan lawan.
Keversatilan pemain-pemain Bayern seperti Alaba, Lahm, Thiago, Mueller dan Goetze membolehkan Bayern menukar formasi dan sistem permainan mereka mengikut situasi perlawanan.
Tetapi secara kasarnya, Bayern akan bermain dengan 3 pertahanan tengah jika mereka menentang pasukan yang menggunakan 2 penyerang.
Ini adalah untuk mencipta situasi 3 lawan 2 di bahagian pertahanan Bayern.
Jika mereka menentang pasukan yang menggunakan 1 penyerang, mereka akan bermain dengan 2 pertahanan tengah.
Catatan Bola Sepak.
Tapi dah berapa kali kita lihat 22 pemain dalan padang tu suka buat sukan bolasepak ni jadi sukan yang susah.
===========
Kawalan bola amat penting. Kawalan bola amat penting. Pasukan yang sentiasa pegang bola mempunyai 70% peluang untuk menjaringkan gol
===========