Selasa, 13 September 2016

Aguero.

Berita Cityzen Malaysia®:
Guardiola: Aguero sedia hadapi Borussia

Sergio Aguero cergas untuk diturunkan dalam kesebelasan utama bagi perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Eropah menentang Borussia Monchengladbach Selasa ini di Stadium Etihad. Bintang Argentina yang terlepas bermain melawan Manchester United setelah digantung perlawanan itu telah diketepikan dalam permainan kelayakan Piala Dunia untuk skuad negaranya tetapi Pep Guardiola telah mengumumkan pemain City nombor 10 itu akan bermain menentang pasukan dari Bundesliga kelak.

Pep juga mengumumkan Ilkay Gundogan dan Vincent Kompany bakal kembali beraksi dari kecederaan.

Guardiola memberitahu wartawan: "Aguero akan bermain - dia telah digantung perlawanan, bukannya tercedera.

"Gundogan kini semakin pulih hari demi hari. Keadaan Vincent juga serupa - dia gigih berlatih. Semua pemain yang yang tidak bermain menentang United telah berlatih dan dia berlatih dengan bagus.

"Keadaan mereka hampir bersedia untuk bantu kita bermain dalam enam perlawanan dalam masa 18 hari."

Pep lebih fokus dengan tugas seterusnya untuk menentang skuad yang sangat bagus, Borussia Monchengladbach yang dia sangat kenali dari pertemuan lepasnya semasa di Jerman.

"Kita telah pamerkan aksi bagus dan juga tidak tetapi ia hanyalah tiga mata," kata Pep.

"Sudah tentu kita gembira tetapi kita perlu bertambah baik - ia hanyalah tiga mata.

"Borussia merupakan pasukan yang berani, jurulatih yang berani - salah satu skuad terbaik di Eropah. Jika kita benarkan mereka bermain, mereka memiliki kualiti tinggi. Ia undian yang sukar bagi kami - sudah tentu dengan Barcelona tetapi juga Monchengladbach.

"Mereka sangat pintar. Para pemain tengah mereka selalu menyerang. Mereka memiliki lima pemain di hadapan para pemain tengah kami. Mereka serang balas seperti pakar. Seperti pasukan Jerman dan mereka lakukannya dengan bagus.

"Mereka mempunyai skuad yang agak lengkap - Sommer seorang penjaga gol yang tidak tinggi tetapi cekap membaca perlawanan. Ianya sedikit sebanyak apa yang kita cari dengan hantaran pendek dan jauh. Mereka mencipta suasana bagus untuk bermain. Mereka pasukan yang sangat bagus."

City telah bermain di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali musim lalu tetapi malangnya tewas di tangan juara kejohanan, Real Madrid.

Guardiola telah memberi pujian kepada bekas-bekas pengurus City dengan pencapaian lepas dan akui skuadnya perlu meningkatkan prestasi jika mereka mahu terus mara lebih jauh lagi pada tahun ini.

Dia berkata: "Ianya pengalaman berharga untuk menjadi jurulatih Barcelona dan Bayern Munich untuk sejarah mereka - mereka telah biasa untuk sampai ke peringkat separuh akhir tetapi City tidak ada sejarah sebegitu.

"Mancini telah membantu kita mengambil langkah pertama dan Manuel telah melakukan tugas yang sangat bagus untuk melangkau ke separuh akhir - dia tidak bernasib baik untuk bertemu Barcelona dua kali kerana itu merupakan skuad terkuat dunia.

"Prestasi kita masih jauh untuk menjadi yang terbaik dalam skuad kini - untuk bersaing dengan pasukan terbaik di Eropah dan Liga Perdana Inggeris kita perlu meningkatkan prestasi."

Sumber:malay.mcfc.com @BeritaCityzenMalaysia

#BeritaManCity
#BeritaLigaJuaraJuara
#WeAreCity
#EidMubarak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan