Sabtu, 30 Julai 2016

*```PANTUN:- DEPA²,KITA²..```*

*```Depa selalu MENANG,```*
*```Kita selalu KALAH,```*
*```DEPA senang lenang,```*
*```KITA susah payah..```*

*```Depa tak TENGOK,```*
*```Kita tang MANA,```*
*```DEPA yg seronok,```*
*```KITA yg merana..```*

*```Depa kata SAYANG,```*
*```Kita dah HULOQ,```*
*```DEPA dah kenyang,```*
*```KITA dok kebuloq..```*

*```Depa pakai SERKUP,```*
*```Kita guna PARANG,```*
*```DEPA serba cukup,```*
*```KITA serba kurang..```*

*```Depa nak GADAI,```*
*```Kita tak GADOH,```*
*```DEPA yg pandai,```*
*```KITA diperbodoh..```*

*```Depa diJUNJUNG,```*
*```Kita tukang KIPAS,```*
*```DEPA disanjung,```*
*```KITA ditindas..```*

*```Depa makan ISI,```*
*```Kita makan TULANG,```*
*```DEPA poket berisi,```*
*```KITA kering kontang..```*

*```Depa semua FREE,```*
*```Kita kena BELI,```*
*```DEPA tuding jari,```*
*```KITA kena buli..```*

*```Depa duit BANYAK,```*
*```Kita hutang MERATA,```*
*```DEPA tidoq nyenyak,```*
*```KITA sengkang mata..```*

*```Depa pilih KAWAN,```*
*```Kita pilih SAHABAT,```*
*```DEPA untong sakan,```*
*```KITA rogi merempat..```*

*```Depa sejuk AIRCON,```*
*```Kita panas BERAPI,..```*
*```DEPA jadi ikon,```*
*```KITA diketepi..```*

*```DEPA shopping luaq negara,```*
*```KITA belilah barangan buatan malaysia..```*

*```#xsungguhxkata```*dah nasib kita,terima seadanya,lain kali buka mata,jgn dok asik mai terpa,taku nnti lg padan muka.

Selasa, 26 Julai 2016

Lagu Kekalahan Kedah.

Lirik Lagu hang pi mana loqlaq??

Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana

Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana

Berseluar katuk
Jersi hijau kuning
Duduk atas tangga

Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta

Cek nak pi Penang
Insyaallah
Bukan nak pi mana

Hang pi Penang
Buat apa
Hang pi Penang
Buat apa
Hang pi Penang
Buat apa
Hang pi Penang
Buat apa
Hang pi Penang

Pergi ke Penang
Bukan jadi kenari di sana
Baju hijau kuning
Bukan burung helang juga

Mak ayah tanya
Cek pi Penang buat apa
Malu nak kata
Nanti hampa tau juga

Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p Penang bukan mintak duit kita
Malu apa janji minat janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar

Cek pi Penang
Tengok bola di sana
Kena 3 bijik saja
Sambil kesat air mata

Penyokong Penang mulia
Bukan depa buat dosa
Setakat boo sahaja
Memang patut kena tiga

Hang pi Penang
Kena tiga
Hang Penang
Kena tiga
Hang pi Penang
Padan muka
Hang pi Penang
Padan muka

Jangan marah

😂😂😂😂😂

Kekalahan Kedah. Salah siapa?

[ Bermain tanpa ilmu sebenar ]
By : Ammar Yasier

Tamparan hebat buat skuad Helang Merah yang diaibkan pasukan tercorot liga,Pulau Pinang 3-2 pada malam ini semestinya memerlukan kebangkitan segera jika ingin terus bersaing mendapatkan tempat terbaik Liga Super.

Pasukan Kedah yang pada tahun lepas dianggap 'Barcelona Malaysia' berubah pada tahun ini walaupun bermain dengan formasi yang sama. Dimanakah silapnya? Jika ditujukan kepada pemain itu bukanlah jawapan yang tepat sebaliknya perlu dipersalahkan kepada Jurulatih yang gagal melatih pemain dengan formasi dan taktikal yang sempurna.

Kedah pada malam ini bermain dengan posisi 4-2-3-1 adalah formasi terbaik untuk pemain memperagakan corak permainan Tiki Taka namun sebaliknya yang berlaku kerana bahagian tengah seolah-olah tiada idea untuk membuka perlawanan dan merancang serangan bagi skuad hijau kuning.

Sebaliknya pujian harus diberikan kepada pemain Pulau Pinang kerana berjaya menghidu dan memanfaatkan kelemahan pasukan Kedah dengan menjaringkan gol bagi membenam skuad Helang Merah dengan jaringan 3-2.

Sudah tiba masanya pihak pengurusan meneliti semula barisan Kejurulatihan Skuad Helang Merah jika ingin memantapkan semula pasukan Kedah pada masa akan datang.Kedah mempunyai pemain muda yang berkualiti tinggi ditambah dengan pemain import yang berbisa seperti Shane,Thiago,Liridon tetapi percaturan jurulatih yang lapuk membuatkan huru hara dalam pasukan.

Kami sebagai penyokong setia mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain Kedah dan TAKZIAH kepada kejurulatihan pasukan kerana gagal membentuk sebuah pasukan yang mantap.

Mungkin bayangan Ramon Marcote sangat dirasai sekarang. Kembalikan gabungan Tan Cheng Hoe dan Ramon jika kejayaan yang mahu dikecapi.

Secara matematiknya :

Pemain Bagus + Taktikal Sempurna = Kemenangan

Pemain Bagus + Taktikal Teruk = Kekalahan

[ Share biar sampai kepada pengurusan KFA]

KEMBALIKAN RAMON!

#RombakJurulatih
#SayangKedah

Isnin, 25 Julai 2016

*INFO PREMIER LEAGUE 2016-17*

*_Official Bank_*
• Barclays

*_Official Beer_*
• Carling

*_Official Ball_*
• Nike

*_Official Lincensee_*
• SportingiD
  (Adding Visual Passion To The Game)

*_Official Technology_*
• EA Sport ™
  (To The Game)

*_Official Time Keeper_*
• TAGHeuer

*_Official Lincensee_*
• Topps

#Sponsered
#EPL2016/17

Ahad, 24 Julai 2016

The Citizens Malaysia

Berita Cityzen Malaysia®:

Pep: Kami ingin menang lawan United!
Tiada kecederaan merupakan jawapan Pep Guardiola ketika ditanya apa harapannya untuk perlawanan persahabatan pramusim menentang Manchester United di Stadium Sarang Burung Beijing, hari Isnin. Terdapat kebimbangan tentang keadaan padang perlawanan berikutan hujan lebat di Beijing semenjak minggu lepas dan Pep mengakui dia mahu meneruskan perlawanan dengan skuadnya tanpa kecederaan.
Namun begitu, beliau turut teruja dengan dua pasukan hebat di Liga Perdana Inggeris bertemu di International Champions Cup.
"Kami tidak melihat keadaan padang tapi hujan begitu lebat sejak beberapa hari ini jadi kami difahami ia bukanlah dalam keadaan yang bagus, tapi kami akan cuba menyesuaikan diri. Ia merupakan perlawanan kedua kami, yang paling penting ialah para pemain tidak akan cedera.
"Kami tahu keadaan cuaca lembap semasa latihan tidak ideal tapi kami juga tahu ia penting untuk datang ke sini bertemu para peminat dan bermain dua perlawanan dengan bagus menentang pasukan hebat seperti Man United dan Borussia Dortmund.
"Kami tidak mahu menghabiskan tenaga berlatih kerana suhu lembap tapi kami di sini kami bermai dan kemudian pulang ke Manchester untuk berlatih dua minggu lagi sebelum musim baru bermula."
Pep mengesahkan yang kapten Vincent Kompany tidak akan diturunkan bermain dalam derbi Manchester pertama di luar UK.
"Apa yang paling penting buat Vincent ialah untuk sembuh dan cergas secepat mungkin, jika untuk perlawanan pembuka melawan Sunderland cukup bagus, jika tidak ketika menentang juara bertahan, Leicester. Dia perlu cergas sepenuhnya, itu sahaja."
Akhir sekali Pep turut ditanya sama ada dia akan menjabat tangan Jose Mourinho sebelum perlawanan bermula, memandangkan kedua-duanya seteru semasa di La Liga.
"Kami orang yang sopan, mengapa tidak? Mengapa kami tidak berjabat tangan? Tiada sebab mengapa tidak. Dia ingin menang dan begitu juga saya, itu sahaja," tegas Pep dengan ketawa.
"Saya telah tonton perlawanan United lawan Dortmund, ia terlalu awal untuk mengetahui bagaimana keadaan mereka di musim baru nanti, saya pasti mereka akan lebih kuat berbanding tahun-tahun lalu.
"Sudah tentu dengan pengurus baru mereka dan dan para pemain bagus yang mereka ada, saya pasti mereka akan membeli para pemain baru juga, mereka akan menjadi satu pasukan yang kuat."
Fernandinho yang turut hadir mengiringi bosnya di sidang media mengakui yang beliau gembira dengan Pep menjadi pengurus pasukan City.
"Saya telah lihat bekas pasukan-pasukannya dan telah bermain menentang Barcelona dan Bayern Munich, dan sudah tentu amat sukar menentang mereka kerana mereka adalah pasukan yang bagus yang telah menjuarai banyak kejohanan. Kini Pep sebagai bos kami, dan diharap kami dapat memenangi banyak trofi bersama-sama.
Mungkin saya masih ada lima hingga tahun sebelum bersara, dan diharap dapat gembira dengan apa yang saya akan capai."
* Perlawanan Manchester City lwn Manchester United akan berlangsung pada hari Isnin, 25 Julai, jam 7.30 malam waktu Malaysia. Ikuti kami di akaun Twitter @ManCityMAS untuk liputan perlawanan
Sumber:malay.mcfc
@BeritaCityzenMalaysia
#BeritaManCity
#CityonTour

Taktikal Bola sepak ?

APA ITU TAKTIKAL ?

 

Taktik dalam bola sepak adalah strategi yang digunakan oleh satu unit pasukan untuk bersaing dengan lawan mereka. Taktik-taktik ini biasanya dibuat dan dicipta oleh pengurus atau jurulatih. Sebagai contoh, menggunakan sistem Inverted winger untuk membolehkan winger melakukan shooting dengan kaki utama dalam gerakan cut inside and shots. Inside boots ataupun knuckle shots akan mewujudkan hasil yg lebih precisive.


Saya huraikan taktik sebagai perkara yang merujuk kepada sistem permainan atau pembentukan pasukan yang digunakan pengurus atau jurulatih dengan mengambil kira faktor seperti
1. Aspek Teknikal
2. Aspek kecergasan dan kecerdasan
3. Aspek kebarangkalian taktikal pasukan lawan
4. Misi perlawanan , sama ada untuk wajib menang , tidak boleh kalah, dan banyak lagi.

Apa yang pasti tujuan utama taktikal adalah untuk mendominasi perlawanan dan memenanginya. Pasukan bola sepak awal abad ke-19 cenderung bermain sistem ramai penyerang sehingga kadang kadang ada lapan pemain serangan. Pada masa inilah dunia dan sistem bolasepak menekankan aspek gelecekan dan gol yang banyak.

DOMINASI SISTEM 2-3-5

Dalam tahun 1880-an William Sudell dan Tom Mitchell, mula membeli pemain dari Scotland untuk dimasukkan ke dalam pasukan masing-masing iaitu Preston North End dan Blackburn Rovers. Mereka menjadi sangat berjaya. Mereka membawa elemen yang dikenali sebagai “gaya Scotland” yang memberi penekanan lebih kepada hantaran daripada bolasepak menggelecek.

Musim pertama Liga Bola Sepak bermula pada bulan September, 1888. William Sudell dan Preston North End beliau telah memenangi kejohanan pertama tanpa tewas dalam sebarang perlawanan dan memperoleh gelaran “Invincibles”. Preston juga menewaskan Wolverhampton Wanderers 3-0 untuk memenangi Piala FA 1889 Final. Sudell memperkenalkan sistem yang lebih formatif dan kordianatif dalam 2-3-5 dengan 2 full back, 3 centre half dan 5 penyerang.

Kejayaan Preston North End menyebabkan kelab lain mulai meniru dan mengimplementasi formasi 2-3-5 itu. Sistem ini menguasai bola sepak sehingga 1925 apabila FA England memutuskan untuk memperkenalkan peraturan ofsaid. Perubahan ini mengurangkan bilangan pemain serangan dan mereka mulai mesti tidak melepasi offside line.

SISTEM “WM” HERBERT CHAPMAN

 

Charlie Buchan, yang bermain untuk Arsenal, mencadangkan kepada pengurus Herbert Chapman agar pasukan mereka perlu mengeksploitasi perubahan dalam undang-undang itu untuk mewujudkan perangkap ofsaid. Fullback akan berada di atas centre half untuk mewujudkan offside tarp. Maka sistem 2-3-5 ditukarkan kepada 3-3-4 yang juga dikenali sebagai pembentukan  “WM”.

Evolusi Taktikal Chapman

Sistem ini dibangunkan dengan satu lagi sistem yang disebut serangan balas ataupun counter attack. Namun, kejayaan tak hadir segera, malah cuma pada tahun 1930 barulah Arsenal memenangi perlawanan akhir Piala FA. Lagenda mereka, Alex James adalah nadi utama sistem ini. Sistem dan formasi ini kemudiannya menjadi rujukan utama pasukan lain.

Pada musim berikutnya Arsenal memenangi Kejohanan Divisyen 1 ya
ng pertama. Alex James telah cedera untuk sebahagian besar musim 1931-32 menjadikan ia faktor utama Arsenal kehilangan title tersebut dengan dua mata di belakang Everton.

James kembali mengganas dan diiktiraf pemain terbaik di musim 1932-33. Arsenal sekali memenangi kejohanan Divisyen 1 dengan empat mata. Mereka juga mencipta rekod kelab dengan 118 gol dalam liga musim itu. Arsenal juga memenangi liga pada musim berikutnya menewaskan Huddersfield Town ke tempat kedua. Pada masa ini pembentukan WM itu sedang giat dipelajari dan digunakan oleh kebanyakan kelab-kelab dalam Liga Bola Sepak.

PENGURUS DAN TACTICIAN

 

 

Herbert Chapman adalah salah seorang daripada beberapa pengurus yang terlibat dalam membuat keputusan taktikal sebelum permainan. Jimmy Ruffell yang bermain untuk West Ham United di antara tahun 1920 dan tahun 1937 menyatakan :

“Pasukan ini memang secara prinsipal memang diuruskan oleh oleh Syd King tetapi beliau bergantung kepada Charlie Paynter untuk memutuskan taktikal pasukan ini”
“Syd King adalah seorang pengurus yang baik tetapi dia banyak memberikan tumpuan kepada pemilihan dan pengambilan pemain untuk West Hame.  Charlie pula lebih banyak menentukan taktik pasukan”

Cyril Robinson bermain dalam 1953 Final Piala FA untuk salah satu kelab yang berjaya dalam era 50-an iaitu Blackpool. Blackpool yang diuruskan oleh Joe Smith. Pemain beliau mendakwa Joe Smith bukanlah seorang tactician yang hebat dan ia jauh sama sekali. Namun mereka mendakwa, Joe Smith adalah pengurus yang luar biasa dan ahli psikologi tulen yang mampu menaikkan semangat dan motivasi pemain. Ketika Blackpool menentang Bolton Wanderers, Joe Smith berkata adalah “pergi di luar sana dan mendapatkan mereka menewaskan”. Menurut Stanley Matthews beliau berkata: “Pergi ke luar sana dan hiburkan diri anda (enjoy yourself), main sebagai diri sendiri dan saya yakin kita akan menang.”

Kata kata Smith itu terus ditafsir oleh penganalisis dan merujuk kepada arahan untuk pemain bermain dengan kemampuan sendiri dan tidak terlalu tertekan atau terikat dengan ‘beban’ untuk menang. Hingga kini masih ada jurulatih yang berkata ” Go out there, and Enjoy Yourself.” Kita pun selalu pakai.

Stan Mortensen yang turut  bermain di bawah Joe Smith di Blackpool, mengakui bahawa Smith tidak ada banyak masa untuk bercakap tentang taktik dan kerap menyerahkan soal taktik kepada kapten mereka, Harry Johnson.

“Joe mempunyai pengaruh yang besar yang sangat bagus dalam menaikkan semangat para pemainnya. Dia adalah winner dan loser yang cemerlang. Jika pasukan kita menang dia tidak pernah bercerita untuk memenangi kejuaraan, dan jika kita kalah, dia akan cepat cepat untuk memberi kata kata peransang, dan dia tidak pernah berat mulut sepertti pengurus lain. Dia juga percaya bahawa satu kekalahan adalah bukan penamat , dan satu kemenangan atau kejuaraan adalah pengakhiran.” – Stan Mortensen.

Jelas sekali dalam era awal , sudah ada kesederan bahawa tactician tak semestinya seorang Pengurus. Dan Rafa Benitez sendiri di era moden pernah menyatakan bahawa Sammy Lee adalah rujukan taktikal beliau. Dalam organisasi bolasepak moden di Eropah, Pengurus akan dibantu oleh jurulatih yang kadangkala jumlahnya mencecah belasan orang. Mereka akan dibahagikan berdasarkan kepakaran sama ada untuk department pertahanan atau serangan.

KESIMPULAN

Apa yang saya cuba utarakan di atas ialah, taktikal bolasepak telah wujud begitu awal. Dengan peraturan yang lebih sistematik, Pengurus dan jurulatih serta sumber taktikal sedaya upaya mengatasi dan melawan sistem itu dengan manipulasi secara teknikal atau taktikal.

Pada era moden kini taktikal dah terlalu kompleks walaupun dahulu ramai menganggap 4-4-2 adalah taktikal supreme dan terbaik. Namun era Cruyff di Barcelona dan juga era kebangkitan total Football, 4-4-2 cuma satu dimensi statik dan klasik. Di Barcelona di bawah pengaruh Pep Guardiola, dia mencipta tiki taka dan juga diguna pakai oleh jurulatih pasukan nasional Spain daripada Aragones hinggalah ke Vicente Del Bosque.Barcelona mencipta begitu banyak kejayaan di bawah kendalian ‘singkat’ Guardiola.

Pencapaian Barcelona dan Guardiola
Ia adalah Lebih kompleks, bila Guardiola memperkenal dan mengguna pakai bermacam macam elemen underground tatick seperti 3 false nine. Dan juga half way space dengan counterpressing. Guardiola memilih untuk menggunakan majoriti pemain yang memiliki pusar graviti rendah yang dirasakan lebih agile dan licik. Hingga satu ketika dia menyatakan yang dia mahukan pemain tinggi selepas ini sebab Barcelona terlalu ‘kecil’. Cuma Puyol dan Pique yang besar. Barcelona tak boleh bermain set pieces dan kerap bermain short free kick atau direct freekick.
Sekian ulasan ringkas berjela daripada saya dan dalam penulisan seterusnya saya akan cuba merungkai lebih banyak pasal evolusi taktikal dari Kota Rome  hingga ke Dortmund dan pelusuk benua yang lain.


Tiki Taka

Falsafah bola sepak Bayern masih sama. Mereka:
  1. Bermain dengan garisan defensif (defensive line) yang tinggi
  2. Pemain mereka versatil dan boleh bermain dalam banyak posisi
  3. Sentiasa mengadaptasi taktikal mereka untuk mendedahkan kelemahan taktikal pasukan lawan
  4. Menggunakan peraturan 15 hantaran untuk menyusun organisasi serangan dan pertahanan
Bermain dengan defensive line yang tinggi
Seperti pasukan Barcelona kendalian Pep Guardiola dulu, Bayern gemar bermain dengan garisan defensif (defensive line) yang tinggi.
Bagi sesetengah pasukan, bermain dengan garisan defensif yang tinggi umpama menempah maut. Pasukan anda akan meninggalkan ruang yang sangat besar di belakang pertahanan tengah.
Dan ruang ini boleh dieksploit oleh penyerang yang laju dalam serangan balas.
Inilah yang berlaku ketika Bayern kalah kepada Vfl Wolfsburg (1-4) dan Borussia Monchengladbach (0-2) pada musim lepas.
Untuk mengelak penyerang pihak lawan mengeksploit ruang yang besar di belakang pertahanan tengah mereka, Bayern akan:
  1. Melakukan counter-pressing (atau gegenpressing) setiap kali mereka kehilangan bola.
  2. Memastikan ada sekurang-kurangnya 1 pertahanan tengah laju (Jerome Boateng, Mehdi Benatia dan kadangkala Juan Bernat juga).
  3. Memberi kebebasan kepada Manuel Neuer untuk menjadi sweeper (last man).

Pemain versatil
Dalam skuad Bayern, mereka mempunyai banyak pemain versatil.
David Alaba boleh bermain sebagai pertahanan tengah, bek kiri dan pemain tengah. Philip Lahm boleh bermain sebagai bek kanan, pemain sayap dan pemain tengah.
Pep Guardiola perlu berterima kasih kepada Marcelo Bielsa kerana mengajar Javi Martinez – seorang defensive midfielder – cara bermain sebagai pertahanan tengah semasa di Athletic Bilbao dulu.
Di Bayern, Thiago pernah bermain sebagai pemain tengah, defensive midfielder dan pemain sayap.
Manakala Mario Goetze pula sudah mencipta nama sebagai pemain sayap klasik.
Jika dulu beliau terkenal sebagai inverted winger dan attacking midfielder, kini Goetze kerap berlari berhampiran dengan garisan tepi padang sebelah kanan.

Mengadaptasi taktikal untuk eksploit kelemahan lawan
Di bawah kendalian Pep Guardiola, Bayern menjadikan bola sepak seperti perlawanan catur. Mereka tiada formasi kegemaran.
Sebaliknya, scouting team Bayern akan menganalisis taktikal pasukan lawan.
Dan Guardiola akan mengubah taktikal Bayern supaya mereka dapat mengeksploit kelemahan taktikal pasukan lawan.
Keversatilan pemain-pemain Bayern seperti Alaba, Lahm, Thiago, Mueller dan Goetze membolehkan Bayern menukar formasi dan sistem permainan mereka mengikut situasi perlawanan.
Tetapi secara kasarnya, Bayern akan bermain dengan 3 pertahanan tengah jika mereka menentang pasukan yang menggunakan 2 penyerang.
Ini adalah untuk mencipta situasi 3 lawan 2 di bahagian pertahanan Bayern.
Jika mereka menentang pasukan yang menggunakan 1 penyerang, mereka akan bermain dengan 2 pertahanan tengah.

Catatan Bola Sepak.

Bolasepak ni merupakan sukan paling senang sebab bolasepak adalah antara sukan yang mempunyai kawasan permainan yang sangat luas!
Tapi dah berapa kali kita lihat 22 pemain dalan padang tu suka buat sukan bolasepak ni jadi sukan yang susah.
===========
Kawalan bola amat penting. Kawalan bola amat penting. Pasukan yang sentiasa pegang bola mempunyai 70% peluang untuk menjaringkan gol
===========