Sabtu, 27 Ogos 2016

Taktikal Pasukan Bola sepak kedah (hijau kuning)

Falsafah Taktikal Tan Cheng Hoe

Preferable Formation: 4-2-3-1
Fluid: Yes
--------------------

Defensive:

Sistem Zonal Marking yang berasaskan space marking. Beliau suka menggunakan high line defensive line dan advance fullback system.

Memiliki kombinasi CB yang digemari dalam modern Football iaitu, ball playing CB dan Ball Winning CB yang combative.

Reason kenapa Bang Seung Hwan digunakan sebagai CB. Ini kerana Tan Cheng Hoe mahukan ball playing CB.

Namun saya masih rasakan Bang, bukan true CB yang boleh handle game every weeks secara konsisten.

Pengurusan Midfield

Sistem no.6 sebagai deep lying playmaker memang sangat menarik.

Tak ramai jurulatih di Malaysia akan memberikan kepercayaan kepada pemain berfizikal seperti Amirul Hisyam untuk duduk di deep holding role.

Nasir Basharuddin mungkin harus consider untuk bekerja dengan Tan Cheng Hoe sebab di Perak, Weigang lebih sukakan pure DM.

Box to box system yang efektif adalah kunci utama pasukan ini. Mereka ada Liridon. Baddrol sebagai pilihan kedua untuk role ini. Selain itu, Baddrol juga pilihan kedua untuk role Amirul.

So, Baddrol mungkin tidak akan berada dalam team jika dia cuma boleh bermain posisi utama. Mujurlah, Badd ni boleh main mana mana.

Kepentingan Baddrol pula, dia adalah leader. Tak ada lagi player Kedah yang berani sailang si Badd ni bila dia bercakap di dalam padang,

Serangan

Tan Cheng Hoe struggle untuk menggunakan sole striker system. Schmeltz dan Augusto muncul pada akhir musim.

Kebanyakkan game musim ini, TCH menggunakan system attacking 3 dengan 1 target man.

Kedah seakan akan banyak menghabiskan perhatian kepada mencari pemain target man. Dari awal musim sehingga ke akhir musim.

--------------------------
Karakter Pasukan Kedah di Bawah Tan Cheng Hoe
- Attacking Football
- Bermain dengan tempo tinggi
- Fluid
- High Line Zonal Marking

Kekuatan
- Pace & Speed
- Counter attack dari wide area
- Cubaan long range shots

Kelemahan
- Mengekalkan clean sheet
- Kreativiti
- Tidak konsisten

Isu Yang Digariskan
- Isu kreativiti - banyak bergantung kepada cross dan juga Krasniqi effect
- Tumpul di depan gol
- High line yang seringkali rapuh di half space
- Lemah menyudahkan peluang
- tidak konsisten terutama dalam winable matches
- Clean sheet - hanya 6 daripada 19 games. Punca kenapa mereka tidak mencabar kejuaraan. Mostly clean sheet di  home (5) dan hanya 1 di away. 13 lagi berbolos,
- jumlah bolos dan clean sheet yang hampir sama dengan felda namun Kedah agak tumpul di hadapan dengan cuma 23 gol setakat ini.
- satu-satunya pasukan top 6 yang perbezaan jaringan negatif.

------------------

Kedah benar-benar ada isu dengan no.9 dan juga ketumpulan di depan gol. Ia lebih teruk daripada isu bolos atau Goalkeeper yang mereka hadapi.

Bermula dengan wrong signing Kahe. Kemudian , below par performance oleh Sandro yang kemudian disishkan kerana kecederaan.

Kedah membuat shocking signing Schmeltz dan loan signing Augusto yang memberikan impak lebih baik.

Kemenangan terbesar mereka dalam Liga hanyalah 2-0.

Penjaring terbanyak mereka dalam MSL adalah Liridon. Shane Smeltz baru meledak 2 gol dalam Liga Super.
------

Saya menggemari Tan Cheng Hoe sebagai developer dan juga builder kepada pemain-pemain beliau.

Jika saya pemain profesional, saya akan memilih bermain untuk TCH Anytime.

Namun cabaran beliau adalah jenis pemain dalam pasukan Kedah yang kadang kadang tidak memahami falasafah 4-2-3-1 moden.

Bang Seung Hwan kerap over 0ffensive pada keadaan yang tidak sesuai.

2 fullbacks mereka agak struggle dengan sistem zonal marking bergarisan tinggi.

Walaupun mereka ada kelajuan namun space orientation masih lemah.

Khairul Helmi mungkin pemain yang sangat sesuai dengan TCH.

kenapa space zonal marking ini bagus. Ia mengelakkan pemain terlalu bertarung duel. Pemain dituntut untuk play smart.

Dari segi high line- ia akan menjauhkan target man besar pihak lawan untuk senang masuk atau sentiasa di dalam kotak penalti

Harus diingat, sistem target man tunggu cross masih taktikal popular di Liga M. So, relevan untuk TCH menerapkan sistem yang preventive ini.

Khairul Helmi bukan pemain yang besar untuk sentiasa involve dalam in the air duel/challenge.

Saya harap Kedah dapat mengekalkan team mereka. Paling tidak, majoriti pemain akan kekal kerana projek TCH ini projek jangka panjang.

TCH antara jurulatih yang mendedahkan pemain kepada cara bermain bolasepak bertaktikal.

Namun saya tetap mahu mengkritik sikap Tan Cheng Hoe yang downsizing skuad beliau. Ramai pemain masih tidak diberikan minit perlawanan.

Dan ramai pemain agak overused menyebabakan skuad tak cukup fresh.

Jika fresh Kedah sangat kuat. Mungkin tekanan expectation penyokong yang mahukan kemenangan adalah punca TCH sentiasa stick dengan same 11.

Top Perfomer pilihan 'PERIBADI' saya setakat ini.

- Liridon

We Are Rivals Not enemies!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan