Ahad, 24 Julai 2016

The Citizens Malaysia

Berita Cityzen Malaysia®:

Pep: Kami ingin menang lawan United!
Tiada kecederaan merupakan jawapan Pep Guardiola ketika ditanya apa harapannya untuk perlawanan persahabatan pramusim menentang Manchester United di Stadium Sarang Burung Beijing, hari Isnin. Terdapat kebimbangan tentang keadaan padang perlawanan berikutan hujan lebat di Beijing semenjak minggu lepas dan Pep mengakui dia mahu meneruskan perlawanan dengan skuadnya tanpa kecederaan.
Namun begitu, beliau turut teruja dengan dua pasukan hebat di Liga Perdana Inggeris bertemu di International Champions Cup.
"Kami tidak melihat keadaan padang tapi hujan begitu lebat sejak beberapa hari ini jadi kami difahami ia bukanlah dalam keadaan yang bagus, tapi kami akan cuba menyesuaikan diri. Ia merupakan perlawanan kedua kami, yang paling penting ialah para pemain tidak akan cedera.
"Kami tahu keadaan cuaca lembap semasa latihan tidak ideal tapi kami juga tahu ia penting untuk datang ke sini bertemu para peminat dan bermain dua perlawanan dengan bagus menentang pasukan hebat seperti Man United dan Borussia Dortmund.
"Kami tidak mahu menghabiskan tenaga berlatih kerana suhu lembap tapi kami di sini kami bermai dan kemudian pulang ke Manchester untuk berlatih dua minggu lagi sebelum musim baru bermula."
Pep mengesahkan yang kapten Vincent Kompany tidak akan diturunkan bermain dalam derbi Manchester pertama di luar UK.
"Apa yang paling penting buat Vincent ialah untuk sembuh dan cergas secepat mungkin, jika untuk perlawanan pembuka melawan Sunderland cukup bagus, jika tidak ketika menentang juara bertahan, Leicester. Dia perlu cergas sepenuhnya, itu sahaja."
Akhir sekali Pep turut ditanya sama ada dia akan menjabat tangan Jose Mourinho sebelum perlawanan bermula, memandangkan kedua-duanya seteru semasa di La Liga.
"Kami orang yang sopan, mengapa tidak? Mengapa kami tidak berjabat tangan? Tiada sebab mengapa tidak. Dia ingin menang dan begitu juga saya, itu sahaja," tegas Pep dengan ketawa.
"Saya telah tonton perlawanan United lawan Dortmund, ia terlalu awal untuk mengetahui bagaimana keadaan mereka di musim baru nanti, saya pasti mereka akan lebih kuat berbanding tahun-tahun lalu.
"Sudah tentu dengan pengurus baru mereka dan dan para pemain bagus yang mereka ada, saya pasti mereka akan membeli para pemain baru juga, mereka akan menjadi satu pasukan yang kuat."
Fernandinho yang turut hadir mengiringi bosnya di sidang media mengakui yang beliau gembira dengan Pep menjadi pengurus pasukan City.
"Saya telah lihat bekas pasukan-pasukannya dan telah bermain menentang Barcelona dan Bayern Munich, dan sudah tentu amat sukar menentang mereka kerana mereka adalah pasukan yang bagus yang telah menjuarai banyak kejohanan. Kini Pep sebagai bos kami, dan diharap kami dapat memenangi banyak trofi bersama-sama.
Mungkin saya masih ada lima hingga tahun sebelum bersara, dan diharap dapat gembira dengan apa yang saya akan capai."
* Perlawanan Manchester City lwn Manchester United akan berlangsung pada hari Isnin, 25 Julai, jam 7.30 malam waktu Malaysia. Ikuti kami di akaun Twitter @ManCityMAS untuk liputan perlawanan
Sumber:malay.mcfc
@BeritaCityzenMalaysia
#BeritaManCity
#CityonTour

Tiada ulasan:

Catat Ulasan