Jumaat, 26 Ogos 2016

Apa Yang Perlu Anda Tahu.

Berita Cityzen Malaysia®:
Claudio Bravo: Apa yang anda perlu tahu...

Segala apa yang anda perlu tahu tentang pemain baru kesembilan ditandatangani City musim panas ini. Dari Penyerang ke Penjaga gawang

Bravo dilahirkan di Viluco de Buin, daerah kecil di bandaraya Chile, ibu negara Chile Santioago. Beliau mula menunjukkan kemahirannya sejak usia muda. Bapanya menyedari bakat anaknya dan telah membawa Claudio ke pusat latihan Colo-Colo, salah satu kelab paling berjaya di Chile di mana dia ditandatangani menyertai akademi.

Bravo pada mulanya menarik perhatian Colo-Colo sebagai penyerang namun selepas itu beliau bermain sebagai pemain tengah dan pertahanan. Dia kemudian meminta untuk bermain sebagai penjaga gol buat pasukan 'Cadete' kelab, dan kekal di posisi tersebut hingga kini.

Nama gelaran

Sementara beraksi di liga utama Chile antara tahun 2002 hingga 2006, Bravo kemudian dikenali dengan panggilan 'Condor Chico' yang diterjemahkan dari Bahasa Sepanyol ke Bahasa Melayu sebagai ' Condor muda' kerana sering dibandingkan dengan penjaga gol legenda Chile, Roberto Antonio 'Condor' Rojas.

Condor adalah gelaran yang diambil dari nama burung, iaitu Burung Nasar yang menggambarkan kehebatan dalam terkaman dan sambaran ketika menangkap bola.

Roberto Rojas berbangga berkongsi gelaran tersebut dengan Bravo dan pada Disember 2015 pernah berkata: "Saya meletakkannya sebagai salah seorang dua penjaga gol terbaik dunia bersama dengan Manuel Neuer."

Pakar 'set-piece'

Menjaringkan gol bukanlah kemahiran yang dikaitkan dengan Bravo tapi beliau turut melakukannya juga!

Ketika bermain bersama Real Sociedad menentang Gimnastic de Tarragona, Bravo tampil untuk menyempurnakan sepakan percuma dari penjuru kotak penalti. Tendangan rendahnya terkena penjaga gol lawan yang kemudian masuk ke gawang. Ia merupakan satu-satunya golnya di peringkat profesional.

Bintang Antarabangsa

Sejak tampil pertama kali untuk Chile semasa Copa America 2004, Bravo tidak pernah menoleh ke belakang. Pemain berusia 33 tahun terkenal sebagai yang paling banyak bermain untuk skuad kebangsaan dalam sejarah bola sepak Chile iaitu sebanyak 106 kali mengatasi rakan senegara dari Arsenal, Alexis Sanchez yang tampil sebanyak 101 kali.

Sejak menjadi kapten pasukan negara, La Roja telah mengalahkan beberapa negara terbaik Amerika Selatan semasa kejohanan musim panas dengan menjuarai Copa America 2015 dan 2016. Bravo turut dinamakan sebagai penjaga gol terbaik di kedua-dua kejohanan tersebut.

Dibanjiri Piala

Segala tenaga yang disimpan oleh Bravo dengan tidak memungut bola yang terlepas keluar dari gawangnya jelas digunakan untuk menjulang piala-piala! Selain menjuarai dua kali Copa America, Bravo turut merangkul juara lima kali liga utama semasa dua tahun di Barcelona termasuk dua juara Lal Liga dan satu Liga Juara-Juara Eropah.

Bravo turut meraih piala Ricardo Zamora yang diberikan kepada penjaga gol La Liga yang paling sedikit terbolos pada akhir musim 2014/15. Beliau kemudian diatasi tipis oleh penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak untuk musim 2015/16.

Stastitik Pencapaian

Menurutt WhoScored, Bravo telah melakukan nisbah penyelamatan 2.7 setiap perlawanan semasa musim 2015/16 di La Liga di mana separuh darinya datang dari serangan di kotak penalti. Dia turut melakukan 26.7 hantaran untuk setiap perlawanan.

Laman tersebut turut menyifatkan kekuatan Bravo sama dengan kecepatan tindak balasnya dalam menyekat cubaan dan juga penuh konsentrasi. Mungkin yang lebih mengagumkan laman tersebut tidak melihat sebarang kelemahan atas penjaga gol baru City ini dalam perlawanan-perlawanannya.

Media sosial

Anda boleh mengikuti perkembangan penjaga gawang City ini di akaun Instagram @claudiobravo1 dan akaun Twitter rasminya, @C1audioBravo

Sumber:malay.mcfc.com @BeritaCityzenMalaysia

#BeritaManCity
#WelcomeClaudio

Tiada ulasan:

Catat Ulasan