Rabu, 17 Ogos 2016

Man City 5-0

Guardiola: Pasukan bermain seperti yang kami inginkan

City hanya selangkah untuk layak bersaing di Liga Juara-Juara Eropah buat kali keenam berturut-turut di peringkat kumpulan selepas menang bergaya 5-0 ke atas Steaua Bucharest. Ia merupakan kemenangan terbesar City di tempat lawan dalam kejohanan Eropah apabila hatrik Sergio Aguero ditambah gol Nolito dan David Silva.

Pep Guardiola melahirkan rasa kagum dengan permainan pasukan namun dengan cepat mengalih tumpuan kepada perlawanan hari Sabtu ini menentang Stoke.

"Kami hampir layak ke Liga Juara-Juara yang mana ia merupakan sasaran kami dari mula," tegas Pep.

"Ia merupakan permainan hebat dengan sikap yang bagus ditunjukkan oleh para pemain. Kami telah bermain dengan baik sekali yang membawa hasil keputusan yang hebat tapi itulah cara kami perlu bermain, oleh sebab itu saya amat berpuas hati.

"Satu pujian tinggi buat para pemain hebat ini.

"Mana-mana pengurus di dunia inginkan pasukan mereka mencipta banyak peluang dan mengelak dari terbolos, dan itu juga yang kami semua mahukan, kami hampir mencapai tahap tersebut, jadi sekarang ini berehat, kemudian tumpukan kepada Stoke dalam perlawanan kedua Liga Perdana Inggeris musim ini."

Raheem Sterling sekali lagi menarik perhatian ramai di sebelah sayap kanan dengan permainan lincah sepanjang perlawanan dengan memenangi penalti dan membantu dua jaringan gol.

Pemain antarabangsa England itu turut menerima pujian bos namun beliau memberi amaran yang pemain muda tersebut perlu kekal fokus jika dia ingin mengekalkan prestasi cemerlangnya.

"Sehingga kini, Raheem bermain begitu baik sekali tapi dia hanya berusia 20 tahun, jadi dia masih banyak perlu belajar.

"Nasihat terbaik saya ialah kekal bertenang dan fokus semasa sesi latihan, tubuh badannya dan kehidupan peribadinya. Kemudian apabila segalanya baik beliau akan melahirkan banyak kualiti, dia seorang yang pantas dan mempunyai etika kerja yang bagus.

"Dia dapat bermain di bahagian tepi atau masuk ke dalam kotak penalti. Apabila beliau melakukan serangan ke dalam kotak penalti dia mempunyai kualiti untuk berhubung dengan rakan-rakan sepasukannya. Dia seorang pemain hebat dan oleh sebab itu saya rasa Txixi dan kelab ini amat bijak ketika membelinya musim panas tahun lalu.

"Kesemua pemain penting, termasuk juga Fabian dan Jesus Navas, mereka akan banyak membantu kami. Saya tahu untuk para pemain yang tidak beraksi amat sukar bagi mereka tapi kami akan menggunakan mereka di perlawanan-perlawanan akan datang.

"Kami telah membangunkan semangat berpasukan yang bagus dan kami telah saksikannya hari ini dan ketika menentang Sunderland. Ia merupakan langkah pertama untuk membina sesuatu untuk para penyokong kami merasa bangga."

Akhir sekali, Pep turut memuji hero hatrik, Aguero yang tidak mengendahkan selepas terlepas dua sepakan penalti di awal perlawanan.

"Penalti adalah penalti. Dia ada personaliti untuk menjaringkannya dan ia penting beliau tidak menyerah kalah dan kekal fokus semasa perlawanan yang membawanya menjaringkan tiga gol."

Sumber:malay.mcfc.com @BeritaCityzenMalaysia

#BeritaManCity
#BeritaLigaJuaraJuara
#UCLPlayOff

Tiada ulasan:

Catat Ulasan