Isnin, 5 September 2016

Manchester Derby.

MANCHESTER DERBY
Derby Manchester merujuk kepada pertembungan antara dua pasukan setempat antara Manchester United dan Manchester City.
Kedua kelab ini mula bertembung pada 12 November 1881 dengan City ketika itu dikenali sbg West Gorton (St Mark) tewas di tangan Newton Heath 0~3. United ditubuhkan pada 1878 sbg Newton Heath LYR sebelum menjadi Manchester United pada 1902.
Pada masa tersebut pertemuan antara kedua pasukan tersebut tidak memberi signifikan yg besar kerana banyak kelab dalam Greater Manchester ketika itu. Bury dan Bolton Wanderers antara 2 kelab yg agak kuat di Manchester selain dr City dan United.
Kedua2 pasukan mula menjadi pasukan yg dominan di Manchester dengan pertandingan Manchester Cup yg dipertandingkan antara kelab2 dlm Greater Manchester di menangi oleh Ardwick FC atau Newton Heath antara 1888~1893.
Kedua pasukan ini bermain dlm Football Alliance tetapi gagal utk beraksi dlm Football League. Newton Heath hanya berjaya bermain dlm Football League pd 1892 dengan  dlm Divisyen 1 dengan Ardwick di Divisyen 2.
Pertemuan di  tertinggi berlaku pada tahun 1906 dlm perlawanan divisyen 1 yg dimenangi oleh City 3~0. Kutipan pintu masuk dlm perlawanan tersebut melebihi £1000, jumlah yg besar ketika itu.
Ketika itu City sedang mengalami kesan dari skandal kewangan kerana membuat bayaran kpd pemain lebih dr imbangan kewangan kelab. 17 pemain mereka digantung termasuk teras pasukan yg memenangi Piala FA 1904.
Selepas tamat penggantungan pada Januari 1907, pemain City termasuk Jimmy Bannister,  Meredith, Sandy Turnbull dan Herbert Burgess menyertai bekas pengurus City , Ernest Mangnall di United. Ketika itu, penghijrahan  tidak dianggap sesuatu yg besar kerana dianggap utk membantu Kelab setempat.
Pemain2 ini kemudiannya membantu United memenangi Divisyen 1 pada 1907/08 dan 1910/11 serta Piala FA 1909.
Sebelum Perang Dunia ke~2, penyokong bolasepak di Manchester menyokong City di satu minggu dan United di minggu berikutnya.
Tetapi Derby Manchester mula menjadi derby yg ganas di tahun 1970an. Derby pada December 1970, bentesan dr George Best telah mematahkan kaki Glyn Pardoe. Kesan dr kecederaan tersebut hampir menyebabkan Pardoe kehilangan kaki beliau. Pada pertembungan Derby musim berikutnya yg berakhir dgn seri 3~3 kapten City, Francis Lee menuduh George Best sengaja merebahkan badan dengan melayangkan badan beliau di hadapan pengadil sbg mengajuk aksi Best.
Pada Derby pertama musim 1973/74, masing2 Lou Macari dan Mike Doyle dilayangkan kad merah dlm perlawanan membosankan di Maine Road yg berakhir dgn seri 0~0 di Maine Road. Kedua2 pemain enggan keluar padang hingga memaksa pengadil mengarahkan kedua pasukan kembali ke bilik persalinan sehinggalah kedua pemain tersebut menerima keputusan pengadil.
Perlawanan Derby kedua di Old Trafford menyaksikan United bergelut utk mengelak penyingkiran dari Divisyen 1 menentang City yg selesa di kedudukan Liga. Selepas 80 minit tanpa jaringan, Francis Lee melorongkan bola kpd Denis Law yg kemudiannya menguis bola melepasi Alex Stepney.
Denis Law langsung tidak meraikan jaringan dan terus menuju ke bilik simpanan. Law terus bersara dari bolasepak selepas perlawanan tersebut.
1~0 dan beberapa minit sebelum tamat perlawanan penyokong United menyerbu padang dan pengadil tanpa pilihan terpaksa meniup wisel penamat. United jatuh ke Divisyen 2.
Pertemuan di tahun2 selepas itu tidak begitu ganas dan berakhir dgn baik. Tetapi keputusan perlawanan tetap penting sbg membuktikan "bragging right" pasukan mana yg lebih hebat di Manchester tidak kira apa keputusan Liga.
Pada 1989, City membelasah United 5~1 di Maine Road, kekalahan Derby terbesar United ketika itu dan jaringan hatrik Kanchelskis beberapa tahun selepas itu memberikan United kemenangan 5-0 ke atas City di Old Trafford.
Peter Schmeichel menjadikan sesatunya pemain yg tidak pernah tewas dlm Derby Manchester. Beliau bermain 10 perlawanan Derby menentang City dan dlm satu musim tunggal bersama City, City menewaskan United  Maine Road dan mengutip 1 mata di Old Trafford.
Perhubungan kedua kelab mula menjadi panas selepas pengambil~alihan City oleh Sheikh Mansour dr Abu Dhabi Group. Penyokong City memasang kain pemidang "Welcome To Manchester" dengan gambar Tevez selepas bekas penyerang Argentina itu menyertai City dari United. Sir Alex pula menggelar City sbg Jiran Bising.
Antara musim 2010/11~2013/14 kejuaraan Liga menjadi milik United atau City. Rekod United menentang City tidak begitu baik antara 2011~2014 tetapi mula meningkat sejak Louis Van Gaal menjadi Pengurus dengan  mengutip 7 mata dari 4 perlawanan terakhir.
Kini kehadiran 2 pengurus terhebat dunia menjadikan pertembungan kedua jiran setempat ini semakin panas.
United vs City dalam Nombor;
171: Jumlah pertemuan kedua pasukan
71: Kemenangan berpihak kpd United
49: Kemenangan Di catat City
51: Seri
36: Penampilan Derby terbanyak yg dipegang oleh Ryan Giggs
11: Jumlah jaringan gol terbanyak dlm perlawanan Derby yg dipegang oleh Wayne Rooney.
6~1: Kemenangan terbesar dicatat City ke atas United pada 1926 dan 2011, kedua2nya di Old Trafford.
5~0: Kemenangan terbesar yg dicatat United ke atas City pada 1994.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan