Isnin, 8 Ogos 2016

HURAIAN FORMASI. 😊

Huraian formasi taktikal 4-2-3-1 bolasepak moden

Formasi 4-2-3-1 membolehkan pasukan bermain lebih banyak bolasepak.

Ia adalah sistem yang berbeza dengan sistem 4-5-1 klasik yang masih ada ciri ciri 4-4-2 yang kuat cuma penggunaan box to box atau attacking midfielder sebagai tambahan di belakang penyerang.

4-2-3-1 moden ini merupakan asas kepada kejayaan Mourinho ketika di Chelsea pada era pertama beliau di Stamford Bridge dan pada kepulangan kedua beliau.

Arsene Wenger juga hampir menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan pendekatan ini pada musim lalu. Sistem ini memerlukan pasukan kejurulatihan dan tactician untuk menerapkan bolasepak yang kompleks, intelligence dan bervariasi.

Ia memerlukan kelompok pemain yang boleh berfikir cepat dan bertindak cepat. Banyak perkara yang harus diambil berat oleh para pemain.

Ini termasuk kecergasan dan kecerdasan untuk bermain dalam susunan organisasi dan jarak yang betul.

Di bahagian pertahanan, meletakkan back 4 standard dengan pendekatan fullback yang progresif untuk membekalkan width kepada pasukan apabila flanker masuk ke dalam.

Di tengah atau center half akan terbahagi kepada 2 sektor

- Defensif
- Ofensif

1) The Double Six

Di bahagian defensif, menggunakan double pivot. Role no.6 merujuk kepada defensive midfielder. Dalam sistem 4-2-3-1 ini, salah seorang nombor 6 akan bermain lebih defensif dan salah seorang lagi akan lebih ofensif.

Dua pemain tengah akan diarahkan untuk bermain peranan no.6.

2) Playmaker Dari Deep Area

Idea ini lebih kepada, cuba memanfaatkan pemain yang bervisi tinggi untuk merancang permainan dari kawasan deep midfielder.

Ini bermakna, dalam sistem 4-2-3-1 yang berorientasikan bolasepak menyerang, correct defensive midfielder bukanlah syarat yang penting.

3) Pengurusan Attacking Midfielder

Ini adalah perkara yang penting dalam sistem 4-2-3-1. Keupayaan taktik ini untuk menekan pihak lawan sangat bergantung kepada attacking midfielder 3 di belakang penyerang utama.

Kebebasan yang ada pada no.10 serta sokongan daripada sistem sayap yang bersifat narrowing atau masuk ke dalam. Ia memberikan kesan kepada fluiditi.

Fluiditi yang mencetuskan perubahan formasi kepada 3-4-3 atau 3-3-4 ketika ultra offensive.

4) Penyerang Tunggal / Sole Striker

Perkara yang paling penting adalah motivasi dan keinginan untuk terus terlibat dan berhubung dengan mifielder 3 di belakang.

Bukan mudah untuk menjadi pemain no.9 yang boleh expose.

*antara sebab kenapa Mourinho sangat memerlukan Pogba di dalam taktikalnya.. persoalannya LVG turut menggunakan formasi 4-2-3-1.. adakah sudah terlambat?? atau pemain MU yang tidak dapat menyerap taktikal LVG??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan