Ahad, 28 Ogos 2016

Man City 3 - 1 West Ham

Lima perlawanan, lima kemenangan buat Pep Guardiola sejak memulakan kehidupan baru di Manchester sebagai pengurus City. Kemenangan terakhir 3-1 ke atas West Ham mungkin yang paling mengagumkan dengan tanda-tanda pasukan semakin memahami apa yang bos mereka inginkan.

Guardiola gembira dengan kualiti dan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya dan mengakui terkejut dengan tahap permainan yang dihasilkan selepas hanya tempoh singkat bersama-sama.

"Kami boleh bermain bersama lebih baik, tiada ragu-ragu.

"Kami hanya bersama dua bulan, dan saya tidak menjangka mereka bermain seperti ini dalam masa yang singkat. Kami telah bermain dengan baik di separuh masa pertama.

"Selepas kami terbolos gol West Ham dari percubaan pertama mereka, kami mempunyai mentaliti untuk menguasai emosi kami dengan baik.

"Kami tidak membiarkan peluang mereka membolosi gawang kami lagi dan telah mencipta banyak peluang. Kami berhak menang dengan lebih banyak gol tapi permainan keseluruhan sudah cukup bagus.

"Kami perlukan Ilkay dan Sane kerana para pemain yang telah bermain hari ini tidak boleh bermain setiap perlawanan.

"Dari sesi latihan pertama, perlawanan persahabatan dan perlawanan rasmi saya tidak ada masalah atau komplen tentang sikap para pemain dalam skuad."

Raheem Sterling sekali lagi dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas menjaringkan dua gol.

Pemain sayap England itu begitu menyerlah musim ini dan Guardiola pantas begitu bersemangat memberi pujian terhadap Raheem berbanding dirinya.

"Saya tak lakukan apa-apa, saya cuba lakukan yang terbaik untuk semua pemain. Raz telah menghasilkan dua gol, ia bagus tapi bagi saya perlawanan-perlawanan sebelumnya lebih bagus lagi.

"Separuh masa pertama dia tidak dapat menguasai bola kerap tapi menjaringkan gol, kali ini dia tidak dapat menguasai posesi bola dengan banyak sebagaimana perlawanan-perlawanan lalu.

"Sudah tentu kami gembira dengan semangatnya. Dia amat dinamik, agresif dengan atau tanpa bola, jadi saya gembira dia bermain dengan bagus.

"Saya hanya cuba membantunya, memberitahunya supaya merampas bola lebih kerap jika dia kekal di posisinya. Selepas itu ia adalah bakatnya.

"Apabila City membelinya dengan harga yang mahal kerana bakatnya. Saya gembira untuknya, untuk kami dan pasukan kebangsaan England."

Akhir sekali Guardiola mengulas tentang Samir Nasri yang tampil pertama kali musim ini. Pemain tengah Perancis itu telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stadium Etihad. Namun Pep mendedahkan yang beliau gembira Samir kekal menjadi sebahagian dari perancangannya di kelab.

"Nasri boleh kekal. Dia tiba semasa pramusim berlebih berat badan, tapi selepas tujuh hingga sepuluh hari, betapa hebat perubahan kesan dari latihannya yang gigih.

"Kualitinya meningkat ke satu tahap lagi. Ia bergantung pada dirinya. Jika dia ingin membantu kami dan kekal menjadi sebahagian dari perancangan kami, ia bergantung pada dirinya sendiri. 


@markbooth_mcfc, @ManCityMAS2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan