APA ITU TAKTIKAL ?
Taktik dalam bola sepak adalah strategi yang digunakan oleh satu unit pasukan untuk bersaing dengan lawan mereka. Taktik-taktik ini biasanya dibuat dan dicipta oleh pengurus atau jurulatih. Sebagai contoh, menggunakan sistem Inverted winger untuk membolehkan winger melakukan shooting dengan kaki utama dalam gerakan cut inside and shots. Inside boots ataupun knuckle shots akan mewujudkan hasil yg lebih precisive.
Saya huraikan taktik sebagai perkara yang merujuk kepada sistem
permainan atau pembentukan pasukan yang digunakan pengurus atau
jurulatih dengan mengambil kira faktor seperti
1. Aspek Teknikal
2. Aspek kecergasan dan kecerdasan
3. Aspek kebarangkalian taktikal pasukan lawan
4. Misi perlawanan , sama ada untuk wajib menang , tidak boleh kalah, dan banyak lagi.
Apa yang pasti tujuan utama taktikal adalah untuk mendominasi
perlawanan dan memenanginya. Pasukan bola sepak awal abad ke-19
cenderung bermain sistem ramai penyerang sehingga kadang kadang ada
lapan pemain serangan. Pada masa inilah dunia dan sistem bolasepak
menekankan aspek gelecekan dan gol yang banyak.
DOMINASI SISTEM 2-3-5
Dalam tahun 1880-an William Sudell dan Tom Mitchell,
mula membeli pemain dari Scotland untuk dimasukkan ke dalam pasukan
masing-masing iaitu Preston North End dan Blackburn Rovers. Mereka
menjadi sangat berjaya. Mereka membawa elemen yang dikenali sebagai “gaya Scotland” yang memberi penekanan lebih kepada hantaran daripada bolasepak menggelecek.
Musim pertama Liga Bola Sepak bermula pada bulan September, 1888. William Sudell dan Preston North End beliau telah memenangi kejohanan pertama tanpa tewas dalam sebarang perlawanan dan memperoleh gelaran “Invincibles”. Preston juga menewaskan Wolverhampton Wanderers 3-0 untuk memenangi Piala FA 1889 Final. Sudell memperkenalkan sistem yang lebih formatif dan kordianatif dalam 2-3-5 dengan 2 full back, 3 centre half dan 5 penyerang.
Kejayaan Preston North End menyebabkan kelab
lain mulai meniru dan mengimplementasi formasi 2-3-5 itu. Sistem ini
menguasai bola sepak sehingga 1925 apabila FA England memutuskan untuk
memperkenalkan peraturan ofsaid. Perubahan ini mengurangkan bilangan pemain serangan dan mereka mulai mesti tidak melepasi offside line.
SISTEM “WM” HERBERT CHAPMAN
Charlie Buchan, yang bermain untuk Arsenal, mencadangkan kepada pengurus Herbert Chapman
agar pasukan mereka perlu mengeksploitasi perubahan dalam undang-undang
itu untuk mewujudkan perangkap ofsaid. Fullback akan berada di atas
centre half untuk mewujudkan offside tarp. Maka sistem 2-3-5 ditukarkan
kepada 3-3-4 yang juga dikenali sebagai pembentukan “WM”.
Evolusi Taktikal Chapman
Sistem ini dibangunkan dengan satu lagi sistem yang disebut serangan
balas ataupun counter attack. Namun, kejayaan tak hadir segera, malah
cuma pada tahun 1930 barulah Arsenal memenangi perlawanan akhir Piala
FA. Lagenda mereka, Alex James adalah nadi utama sistem ini. Sistem dan
formasi ini kemudiannya menjadi rujukan utama pasukan lain.
Pada musim berikutnya Arsenal memenangi Kejohanan Divisyen 1
ya
ng pertama. Alex James telah cedera untuk sebahagian besar musim
1931-32 menjadikan ia faktor utama Arsenal kehilangan title tersebut
dengan dua mata di belakang Everton.
James kembali mengganas dan diiktiraf pemain terbaik di musim
1932-33. Arsenal sekali memenangi kejohanan Divisyen 1 dengan empat
mata. Mereka juga mencipta rekod kelab dengan 118 gol dalam liga musim
itu. Arsenal juga memenangi liga pada musim berikutnya menewaskan
Huddersfield Town ke tempat kedua. Pada masa ini pembentukan WM itu
sedang giat dipelajari dan digunakan oleh kebanyakan kelab-kelab dalam
Liga Bola Sepak.
PENGURUS DAN TACTICIAN
Herbert Chapman adalah salah seorang daripada
beberapa pengurus yang terlibat dalam membuat keputusan taktikal sebelum
permainan. Jimmy Ruffell yang bermain untuk West Ham United di antara
tahun 1920 dan tahun 1937 menyatakan :
“Pasukan ini memang secara prinsipal memang diuruskan oleh oleh Syd King tetapi beliau bergantung kepada Charlie Paynter untuk memutuskan taktikal pasukan ini”
“Syd King adalah seorang pengurus yang baik tetapi dia banyak
memberikan tumpuan kepada pemilihan dan pengambilan pemain untuk West
Hame. Charlie pula lebih banyak menentukan taktik pasukan”
Cyril Robinson bermain dalam 1953 Final Piala FA untuk salah satu
kelab yang berjaya dalam era 50-an iaitu Blackpool. Blackpool yang
diuruskan oleh Joe Smith. Pemain beliau mendakwa Joe Smith bukanlah
seorang tactician yang hebat dan ia jauh sama sekali. Namun mereka
mendakwa, Joe Smith adalah pengurus yang luar biasa dan ahli psikologi
tulen yang mampu menaikkan semangat dan motivasi pemain. Ketika
Blackpool menentang Bolton Wanderers, Joe Smith berkata adalah “pergi di
luar sana dan mendapatkan mereka menewaskan”. Menurut Stanley Matthews
beliau berkata: “Pergi ke luar sana dan hiburkan diri anda (enjoy
yourself), main sebagai diri sendiri dan saya yakin kita akan menang.”
Kata kata Smith itu terus ditafsir oleh penganalisis dan merujuk
kepada arahan untuk pemain bermain dengan kemampuan sendiri dan tidak
terlalu tertekan atau terikat dengan ‘beban’ untuk menang. Hingga kini
masih ada jurulatih yang berkata ” Go out there, and Enjoy Yourself.”
Kita pun selalu pakai.
Stan Mortensen yang turut bermain di bawah Joe Smith di Blackpool,
mengakui bahawa Smith tidak ada banyak masa untuk bercakap tentang
taktik dan kerap menyerahkan soal taktik kepada kapten mereka, Harry
Johnson.
“Joe mempunyai pengaruh yang besar yang sangat bagus dalam menaikkan
semangat para pemainnya. Dia adalah winner dan loser yang cemerlang.
Jika pasukan kita menang dia tidak pernah bercerita untuk memenangi
kejuaraan, dan jika kita kalah, dia akan cepat cepat untuk memberi kata
kata peransang, dan dia tidak pernah berat mulut sepertti pengurus lain.
Dia juga percaya bahawa satu kekalahan adalah bukan penamat , dan satu
kemenangan atau kejuaraan adalah pengakhiran.” – Stan Mortensen.
Jelas sekali dalam era awal , sudah ada kesederan bahawa tactician tak semestinya seorang Pengurus. Dan Rafa Benitez sendiri di era moden pernah menyatakan bahawa Sammy Lee
adalah rujukan taktikal beliau. Dalam organisasi bolasepak moden di
Eropah, Pengurus akan dibantu oleh jurulatih yang kadangkala jumlahnya
mencecah belasan orang. Mereka akan dibahagikan berdasarkan kepakaran
sama ada untuk department pertahanan atau serangan.
KESIMPULAN
Apa yang saya cuba utarakan di atas ialah, taktikal bolasepak telah
wujud begitu awal. Dengan peraturan yang lebih sistematik, Pengurus dan
jurulatih serta sumber taktikal sedaya upaya mengatasi dan melawan
sistem itu dengan manipulasi secara teknikal atau taktikal.
Pada era moden kini taktikal dah terlalu kompleks walaupun dahulu
ramai menganggap 4-4-2 adalah taktikal supreme dan terbaik. Namun era
Cruyff di Barcelona dan juga era kebangkitan total Football, 4-4-2 cuma
satu dimensi statik dan klasik. Di Barcelona di bawah pengaruh Pep Guardiola,
dia mencipta tiki taka dan juga diguna pakai oleh jurulatih pasukan
nasional Spain daripada Aragones hinggalah ke Vicente Del
Bosque.Barcelona mencipta begitu banyak kejayaan di bawah kendalian
‘singkat’ Guardiola.
Pencapaian Barcelona dan Guardiola
Ia adalah Lebih kompleks, bila Guardiola memperkenal dan mengguna
pakai bermacam macam elemen underground tatick seperti 3 false nine. Dan
juga half way space dengan counterpressing. Guardiola memilih untuk
menggunakan majoriti pemain yang memiliki pusar graviti rendah yang
dirasakan lebih agile dan licik. Hingga satu ketika dia menyatakan yang
dia mahukan pemain tinggi selepas ini sebab Barcelona terlalu ‘kecil’.
Cuma Puyol dan Pique yang besar. Barcelona tak boleh bermain set pieces
dan kerap bermain short free kick atau direct freekick.
Sekian ulasan ringkas berjela daripada saya dan dalam penulisan
seterusnya saya akan cuba merungkai lebih banyak pasal evolusi taktikal
dari Kota Rome hingga ke Dortmund dan pelusuk benua yang lain.