Kalori sebenarnya ialah unit ukuran untuk tenaga.
BENAR. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar. Akhirnya, akan bertukar menjadi
lemak yang tersimpan dalam badan. Inilah penyebab berat badan bertambah dan ianya bahaya untuk kesihatan.
Pada kebiasaanya, setiap produk yang dijual akan menunjukkan kandungan jumlah kalorinya pada bahagian
Maklumat Tentang Pemakanan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
ii. Protein – 1 gram (Berat) X 4 (nombor pekali) = 4 Kalori
iii. Gula (sejenis karbohidrat) -16g (Berat) x 4 (nombor pekali) = 64 Kalori
Menurut kajian pakar diet, jumlah yang diperlukan oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Manakala bagi wanita dewasa pula adalah 1600 hingga 2000 kalori sehari.
Ini penting untuk anda faham. Setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan (tidak dibakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kilogram.
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
Popia goreng (satu) = 130 kalori
Popia basah (satu) = 95 kalori
Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
Karipap (sebiji) = 130 kalori
Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
Taufufa goreng (sekeping) = 110 kalori
Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
Roti putih (2 keping) = 156 kalori
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Nugget ayam (satu) = 60 kalori
Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
Burger keju (satu) = 425 kalori
Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Ambil situasi lelaki dewasa, lelaki biasanya akan membakar kembali 2500 kalori yang diambil tetapi jika ambilan 3043 kalori sehari akan terdapat lebihan sebanyak 543 kalori setiap hari dalam bentuk lemak. Jika dihitung dengan matematik mudah 543 kalori berlebihan X 365 hari = 198,195 kalori setahun akan disimpan dan tidak terbakar. Akhirnya, dalam masa setahun berat kita akan meningkat sebanyak 24.77 kilogram iaitu kenaikan 1 kilogram bagi setiap 8000 kalori yang tidak dibakar. Darab pula dengan 5 tahun sekiranya tabiat pemakanan masih sama!
Ubah stail hidup anda. Amalkan gaya hidup aktif, berjalan lebih pantas, naik dan turun tangga tanpa lif, mencuci sendiri kereta, lebih kerap bersukan dan bersenam. Kurangkan masa menonton televisyen atau bermain komputer kerana tubuh hanya mampu membakar 1 kalori seminit dan ianya sama kuantiti dengan kalori yang dibakar semasa tidur.
Jumlah kalori yang terbakar bergantung pada ketumpatan tubuh dan berat badan seseorang. Berikut anggaran kiraan kalori dibakar bagi individu seberat 68 kilogram membuat aktiviti selama 1 jam.
Bermain bola keranjang (agresif)= 450 kalori
Berjalan pantas= 300 kalori
Berkebun= 320 kalori
Mengemas rumah= 240 kalori
Bermain golf (tanpa kedi) = 385 kalori
Bermain Pingpong = 280 kalori
Menonton televisyen = 40 kalori
Berbasikal statik= 380 kalori
😊 😊